Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni che mat kurang sihat, jadi masak menu orang kurang sihat. Masak tetap kena buat, maklumlah tanggungjawab. Tak sehat kenapa lah tu agaknya. Entah dari semalam mata kiri ni asyik berair, kemudian melekat2. Tak gatal, tapi kurang selesa. Kalau bangun tidur, terus tak boleh bukak mata, macam kena gam. Terpaksa guna jadi untuk tolak kelopak mata sampau terbuka. Taruk eye mo pun dah, macam nak kena sakit mata pun ada ni. Mintak2 esok ok lah, rimas sebab rasa sepet dan sembab aje, huhu. Berbalik cerita menu hari ni, che mat betul2 tak mood nak masak, dan tekak pun payau sangat. Biasanya kalau tekak tak bess, menu singgang ikan menjadi pilihan. Taruk cili padi lebih sikit dan asam keping taruk 2 biar rasa masam. Tambah tomato ceri dab sedikit budu, yang ni optional, takmo tak yah letak..sedap hirup kuah dia panas2 yang ditambah nasi, kira macam nasi air gitu. Kalau suka makan singgang, jomm che mat kongsi resipi singgang ni...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong saiz besar
1 batang serai, diketuk
1 inci halia, hiris
1 inci kunyit, hiris
2 keping asam gelugor (guna 1 kalau saiz besar)
5 biji cili padi merah, diketuk
5 biji cili padi hijau, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
10 biji tomato ceri (optional)
1/2 kiub pati ikan bilis
2 camca besar budu (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tuang air dalam periuk (kurang lebih 4 cawan atau secukupnya). Masukkan bawang hiris, serai, bawang putih, halia, kunyit hidup, asam gelugor, serai dan kiub ikan bilis. Kacau dan masak hingga mendidih.
- Tambah ikan kembong dan cili padi merah/hijau. Kacau rata. Masukkan budu, kacau dan masak hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..
2 Comments
my fav menu... budu letak tempoyak sikit... memang meletop !!
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDelete