UBI REBUS, SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DAN KOPI O...

rsz_rebus_ubi
Ubi rebus, santapan yang begitu nostalgia bagi orang2 melayu kita. Teringat kisah semasa era2 penjajahan Jepun dulu, ubi menjadi makanan ruji memandangkan beras dicatu masa itu. Daya kekreatifan orang2 dulu kala mempelbagaikan kegunaan ubi kayu hingga tercipta kuih-muih dan kudapan yang menarik. Paling mudah digoreng, dibakar atau direbus seperti che mat buat tu (makan sama sambal tumis atau kelapa parut dan ikan masin. Kena pulak cuaca hujan....hmmmm). Kalau nak lebih meletup sikit, ubi dibikin kuih bakar atau bingka/bengkang. kuih talam (yang bawah ubi dan kepala kuih kaler putih tu), opak (seperti keropok), lempeng. ubi getuk (ubi rebus yang ditumbuk sama kelapa parut, sedikit gula dan garam) dan belebat/lepat. Ada juga orang jawa buat sejenis makanan dipanggil ketiwol. Selain itu, anda boleh juga bikin kerepek, kerepek pun ada dua jenis, satu disagat nipis menggunakan ubi mentah dan digoreng hingga garing. Sejenis lagi, ubi direbus tapi tak perlu sampai empuk sangat, sejukkan dan hiris nipis. Jemur hingga betul2 kering dan digoreng dengan api sederhana hingga garing. Lepas tu disira dengan sedikit gula, dahh jadi kudapan. Kalau nak bercerita pasal jasa 'ubi kayu' pada manusia ni, sampai esok pun tak sudah....Kali ni che mat tulis resipi sambal tumis saja, sebab nak rebus ubi semua orang pasti tau kan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan dan direndam sekejap, toskan
3 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Kacau dan biar mendidih. Tambah ikan bilis dan hirisan bawang besar. Gaul rata, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masak sekejap hingga pekat (atau terpulang samada nak sambal yang cair sedikit atau pekat). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi..

Post a Comment

8 Comments

  1. sedapnyaaaa!!! mana nak cari ui kayu gebus mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam mat.. dah lama kita tak ziarah kemari. Harum sambal ikan bilis ngan ubi kayu awak tu buat kakmon berlari ke sini.. sedap SUNGGUH huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Ponn ponnn...
    Mintak sepinggan lagii...td hntr kat FB xcukup la Denan hahahahaa :p

    Mat, pekena dgn air kopi ko..perghhhh sodap!!

    ReplyDelete
  4. arghhh rindu nak makan ubi kayu rebus tuhhhhhhh!

    ReplyDelete
  5. ubi rebus dgn sambal memang tak pernah ditolak kalau ada

    ReplyDelete
  6. Makan masa hari hujan...perghhhh enak sekali

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.