NYONYA NASI ULAM...JEMPUT MAKAN...

rsz_nyonya_nasi_ulam

Assalammualaikum, salam Isnin semua. Masak apa hari ni?..Che mat masak awal dan makan awal juga. Sejak2 ni mengidam yang bukan2, errr bukan pembawak budak tapi pembawk 'perot'. Lepas rojak petis, kepingin nasi ulam pulak, tapi bukan nasi ulam seperti nasi kerabu, nak nasi ulam orang peranakan atau Nyonya. Tak susah buat dia dan ia amat2 sedap ditekak che mat. Rasa tak muak dan berangin. Baik juga untuk kesihatan memandangkan kita gunakan beberapa jenis ulaman segar yang diracik halus. Aroma dia tak perlu kata lah, memang harum dan sedap. Ada pelbagai versi nasi ulam dan ada yang gunakan ikan masin kurau. Tapi che mat lebih suka guna isi ikan kembong yang dibakar dan udang kering yang ditumbuk hancur. Untuk perisa boleh guna sos ikan secukup rasa. 

rsz_nyonya_nasi_ulam1

Nyonya nasi ulam boleh dihidangkan dengan sambal belacan, ayam goreng berempah atau ikan goreng kunyit. Che mat cuma ada udang sia, jadi kita gunalah udang. Satu yang harus anda titik beratkan ialah nasi. Nasi perlu peroi dan bukan lembik melekat2. Masukkan daun pandan ketika masak nasi untuk mendapat aroma yang wangi. Sedikit garam ditambah agar nasi rasa lemak. Pastikan nasi anda disejukkan sepenuhnya sebelum digaul dengan bahan2 ulam. Kita tak nak nasi ulam yang ulam2nya lecur dan hilang rasa. Kalau anda nak makan dengan petai pun tak salah, dah tekak kita dan petai pun salah satu ulaman kegemaran orang peranakan. 

rsz_nyony_nasi_ulam2
Untuk ulam2, pastikan anda cuci dan toskan hingga kering sebelum diracik halus. Daun kunyit dan daun limau purut, pastikan anda buang bahagian tengahnya (tulang)yang keras. Untuk kerisik tu berbeza sikit dari kita orang melayu. Style kerisik orang peranakan, mereka tak tumbuk sampai keluar minyak, tapi tumbuk hancur saja. Nasi ini sedap dimakan sejurus anda gaulkan nasi bersama bahan2 ulam dan perasa. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 cawan nasi yang telah sejuk, dileraikan
2 ekor ikan kembong saiz besar
2 camca besar udang kering
3 camca besar kerisik
3/4 camca besar lada hitam
Sos ikan secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
6 helai daun kaduk
4 helai daun cekur
2 batang serai, ambil bahagian putih sahaja
1 genggam daun selasih
1 genggam daun kesom
1 genggam daun pudina
2 helai daun kunyit muda
3 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
6 biji bawang merah kecil
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia muda

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal belacan
Limau kasturi, dibelah 2
Udang goreng kunyit
1 biji cili merah, hiris halus, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong dibakar, kemudian ambik isinya dan tumbuk hancur (tak perlu lumat sangat, atau anda boleh lecek dengan garfu). Udang kering digoreng tanpa minyak, kemudian tumbuk hancur. Ketepikan.
  2. Kunyit dan halia muda dicincang halus. Bawang merah, serai dan bunga kantan dimayang halus. Bahan2 lain untuk ulam perlu dicuci dulu dan biar kering. Kemudian diracik hingga halus. Ketepikan
  3. Masukkan nasi sejuk ke dalam mangkuk besar. Tambah isi ikan kembong, udang kering, lada hitam tumbuk, kerisik dan semua bahan2 ulaman yang telah dicincang dan diracik halus tadi. Gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa dan gaul lagi hingga sebati. Rasa dan jika ok boleh alihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan cili merah dan hidangkan bersama sambal belacan, limau kasturi dan udang goreng kunyit. Selamat mencuba!!.

Post a Comment

6 Comments

  1. Assalam Mat..

    Mat, sekali pandang org xtau ingat nasi goreng kan..hehehe
    Aku sekali je pernah makan, tu pun masa atuk cino aku masih ada, versi nyonya dia le, tp Mak aku xpernah buat, nanti nak suruh mak aku buat le, dera dia salin respi ko ni hahahahaaaaa

    ReplyDelete
  2. Assalam che mat. sodappnya.Post mai Kulim sikit..

    ReplyDelete
  3. assalam che mat
    terliuqqq...udang besaq dgn nasi goreng ulam..dah jemu nasi goreng biasa..leh tukaq selera.ty yg ni plak..tq

    ReplyDelete
  4. Assalam Cik Mat, nak tya, makna nya tak perlu goring la ya...gaul je semuanya..gitu? Maaf x tahu camne nasi ulam ni...

    ReplyDelete
  5. As Salam Cik Mat, seperti nasi ulam utara, cuma ulaman2nya untuk nasi ulam utara lagi byk. Tgk Cik Mat masak hmm dah dpt rasa sedap nye tu :-)

    ReplyDelete
  6. sedap sedap sedap. fav kjee dan nadia. unclepali panggil nasi sampah. orang kedah panggil camtu diaa kata. hehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.