GULAI KETUK PISANG MUDA..

rsz_pisang_muda_gulai (1)
Assalammualaikum, salam Ahad semua. Hari ni che mat masak yang mudah2 dan menu dalam entri ini sebenarnya dimasak pada hari Jumaat lepas. Bila sebut gulai pisang, mesti terbayang ia kerja yang agak remeh terutama bahagian menyiang pisang muda, sebab getah tu yang buat ia agak leceh. Terima kasih che mat pada bonda kerana kerja2 menyiang pisang muda atau nangka muda, semua bonda yang bikin. Che mat uruskan part bikin rempah ratus dan masak2 jee. Tapi part masak ni pun kena gak lah 'pandai', terutama nak seimbangkan rasa, kalau setakat boleh saja, pun susah juga. Nak2 yang makan ni orang2 lama, dah pakar dalam merasa menu2 tradisional....

rsz_pisang_muda_gilai1
Resipi ini che mat guna kurang lebih 1 kg pisang kapas muda. Dan kali ini bonda ketuk2 saja pisang tadi dengan belakang parang dan style macam ni buatkan gulai anda nampak rustic dan origanal. Bertambah enak bila ditambah cendawan kukur. Untuk rencah che mat guna tulang ikan masin kurau (tulang yang masih ada daging). Che mat gunakan cili padi kampung dalam 1/3 cawan. Jangan risau, anda boleh kurangkan. Satu lagi, kalau boleh guna cili padi kampung, toksah guna cili siam yang hijau tu, rasa dia kurang enak. Kalau tak nak pedas, boleh ganti dengan cili merah hidup dalam 3-4 biji bergantung pada saiz, tapi kaler kuah kemerahan jadinya, takde lah seperti dalam gambar. Dan sebelum che mat tulis resipi, apa kata singgah dulu di blog pilihan hari ini di sini...Terima kasih bagi yang sudi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg pisang kapas muda
3 cawan cendawan kukur @ kulat sisir, rendam sekejap
3 batang serai diketuk
6 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, rendam 2 jam
2 keping asam gelugor (jika saiz besar guna sekeping)
2 liter pati santan
600 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung, guna yang hijau
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pisang muda dicuci bersih. Kupas kulitnya, tapi takperlu habis, kupas sedikit saja dan ambil kulitnya kemudian ketuk pisang tadi dengan parang hingga pecah (jangan ketuk sampai hancur pulak, ketuk perlahan2 saja). Buat hingga siap dan rendam sebentar. Cendawan diperah dan tumbuk sedikit, jangan sampai hancur, cuma memar2kan saja. Ketepikan.
  2. Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, bahan2 kisar halus dan santan cair. Masak hingga mendidih dan pisang empuk. Tuang sedikit air jika perlu. Tambah cendawan dan tulang ikan masin kurau (toskan). Masak hingga cendawan lembut.
  3. Masukkan pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau sentiasa. Masak sekejap lagi (4 - 5 minit), rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan telur dadar.

Post a Comment

9 Comments

  1. waa ni betul punya orang lama punya resipi, kalau kat kedah hulu sana guna rias pisang buat gulai..apa pun chemat masak memang nampak menarik dan nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. First time sy singgah blog chemat. Pandai chemat masak. Sy impresed!

    Jemput ke blog nuha. Ada entry baru: 7 Sebab Perlu Kaya dan Berjaya.

    Thanks :)

    ReplyDelete
  3. Nampak sedappp je...arwah nenek penah buat tp.lain dr yg cik mat

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...rindu terus kat mak kat kg...berlagu perut minta di isi..

    ReplyDelete
  5. Masakan kampung memang terbaik dan sedap..

    ReplyDelete
  6. suka cendawan kukur tu, hari tu makan rumah mentua igtkan dia masak gulai lemak daging rupanya cendawan kukur.....

    ReplyDelete
  7. waaaaaa... nih yang rasa lapar je. sobs... sobs...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.