RENDANG CENDAWAN CILI PADI...

rsz_rendanggg_cendawan
Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak rendang cendawan. Ini satu alternatif untuk mereka yang tak makan daging, ayam atau pun makanan laut. Anda pernah rasa?..Kalau tak pernah rasa meh sini che mat 'gambar'kan rasanya macam mana. Rasa seperti rendang juga, tapi bila anda makan cendawan, hmmm, rasa kenyal2 seakan daging ayam. Tapi jangan masak terlalu lama cendawan tadi. Pilih cendawan yang bersaiz besar dan batangnya agak keras (seperti gambar dibawah). Cendawan tiram juga boleh kalau anda nak cuba, tapi kurang sikit lah pada che mat. Ini kerana teksture cendawan tadi jadi kurang menarik bila masak. Kalau cendawan butang segar atau cendawan portobello, sesuai.

rsz_rendanggg_cendawan1
Resipi ini che mat guna 400 gram (kurang lebih)  cendawan seperti gambar dibawah. Kerana saiznya besar, che mat belah dan kerat 2. Resipi ini juga sesuai untuk mereka2 yang mengamalkan pemakanan secara vegetarian atau hanya makan sayur2ran. Tiada penggunaan bahan2 dari ayam, daging atau pun makanan laut. Untuk kerisik, che mat guna kerisik yang perang, bukan kaler gelap seperti rendang ayam atau daging. Tak guna banyak dalam 2 camca besar saja. Dan rendang ini agak pedas, itu ikut selera anda lah yea, boleh kurangkan cili atau tak perlu letak cili padi, sebab che mat guna juga cili merah dan cili kisar selain cili padi. Dah bersedia untuk resipi?...Ok jommm masak!!...

cendawan's
Cendawan yang che mat guna, boleh beli dipasaraya, pasar malam, pasar tani dan sebagainya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram cendawan (seperti dalam gambar)
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 keping asam gelugor
1/3 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula melaka
2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai, hiris halus
1/2 inci kunyit hidup
3 keping hirisan halia
3 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras, hiris
2 biji cili merah
20 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci cendawan, tos hingga kering. Belah 2 setiap 1, kemudian belah 2 lagu untuk setiap belakan dan potong 2. Ketepikan. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pati santan dan daun limau purut, kacau dan masak sekejap. Masukkan kerisik, asam gelugor dan kacau rata. Bila pekat, masukkan cendawan, gaul rata dan masak hingga sedikit kering.
  3. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa. Masak dengan api kecil sambil dikacau sentiasa. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dimayang halus. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Post a Comment

8 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.