BEN ASHAARI

Tuesday, April 6, 2010

STUFFED PORTOBELLO WITH MINCED MEAT & TOMATO

Stuffed Portobello With Minced Meat & Tomato
Salam Selasa untuk semua, apa khabar....pak tua hari ni agak kurang sihat sikit, bila petang je macam nak deman...Tapi still ok..insya allah. Bila tekak meragam, mula lah nak benda yang pelik2. Hari ni nak share satu resipi unik yang mat ambik dari fotopages "Muna" yang dok diam di bumi Denmark. Suejoshua tau aci Muna ni...Excelikan mat dah ikuti FP dia masa dia dok diam di tanah Belanda dulu lagi. Dia ni bukan saja cunn, tapi berbakat dalam banyak pekara seperti gardening, painting, sculpturing, flower arranging, cooking dan banyak lagi. Lagi satu yang mat geram (mamafami also) dapur dia kat Denmark tu...aduhhh, luas mata memandang, kalau kami pi sana, tiduq kat dapur hang pun tak pee Muna oiiiii!!!!..hahaha.... Cendawan portobello ni mat beli di Tesco, tempoh hari, tapi tak delah besar2 macam yang Muna dok guna tu....Tapi kan masa bukak pack tu sat tadi, ada satu kooo 'atok' dia, kira besar juga lah (macam gambar dibawahhh tu..), mat buat sikit je, kurang lebih 1/3 dari resipi asal... Ok jom kita semak resipi (resipi bawah ni mat dah kecil kan dari yang asal..).

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 camca besar minyak zaitun
100 g daging cincang
1/3 cawan tomato yang dicincang (buang bijinya)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 camca besar herba Thyme (mat guna yang dalam botol)
1/3 camca besar herba Oregano (mat guna yang dalam botol)
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam secukup rasa
5 - 6 kuntum cendawan Portobello bersaiz sederhana.
Sedikit hirisan keju Cheddar
Hirisan tomato dan parsley, untuk hiasan (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan portobello dilap dengan paper towel yang dilembapkan, lap permukaannya berhati2. Buat hingga habis dan keringkan. Kemudian asingkan tangkainya, buat berhati2. Ketepikan (tangkai dia tu simpan, bila2 nak buat stok ayam, boleh masukkan sekali..cendawan ni mahal wooo, jadi kena guna seadanya!)...
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan daging cincang dan masak 5 minit. Tambah bawang putih dan masak lagi 1 minit. Angkat dari dapur, masukkan tomato, herba oregano, thyme, lada hitam dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau rata. Ketepikan.
  3. Sapu sedikit minyak zaitun pada cendawan tadi, buat hingga siap. Tabur sedikit lada hitam tumbuk dan garam (sikit je garam). Grill kan dalam oven dengan bahagian tangkainya ke bawah selama 3 minit. Kemudian terbalikkan dan sambung lagi 2 minit. (mat guna suhu 160C).
  4. Kemudian, isi dengan no. 2 tadi. Kemaskan dan buat hingga siap, susun dalam dulang pembakar, letak sekeping keju cheddar atasnya (seperti dalam gambar), grill kembali cendawan tadi 5 - 7 minit hingga keju mencair dan keperangan. Hias dengan hirisan tomato dan daun parsley sebelum dihidangkan. Jika suka boleh taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam....

8 comments:

Ibu Mifzal Arsyad said...

adui..sedapnya..tgk gmbr ni pun leh leleh ayaq liuq..blm rasa lg tu..huhu..dugaan..dah la tgh diet skang ni..uhuk..

shaiful said...

Salam, Mat klu nak wat benda ni kena bly mashroom yg besar2 mangkuk klu yg ciput2 mcm na daging 2 nak dduk dlm mashroom 2, betui tak mat? Apa2 pun mmang ada kelainan lah menu ari ni. Tq mat kongsi ideal yg unik ni.

Siti Indrawati said...

Salam Ci Mat..terbelit lidah nak menyebut nama resepi ni..tentu rasanya sedap...

Muna said...

CikMat petik 5-6 kuntum cendawan kat Tesco sambil menyanyi lagu "Laju Laju buaiku Laju"....adegan dari pilem CikMat in Tekoland...:)

Mat Gebu said...

salam IMA...
Kalau tekak saya, mmg boleh terima dan sedap....tatau lah orang lain..hehe..

salam shaiful...
Tu lah, kat sini cendawan portobello tu tak de yang besar2 sangat...jadi lah dari tak de..

salam siti indrawati..
1st of all, i like ur name lahh..klasik dan menawan...dan tak susah nak sebut mcm resipi hari ni kan...hhahaha..

salam MUNA!!!...
Cendawan cik mat tu comey2 laaa, Eh boleh buat alice in wonderland versi Malaysia kan..Cik Mat in Tekoland...good idea lah muna...hahaha, nak ajak mamafami sama, dia jadi nenek kebayan....

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, ni buat hidangan makan berdamai pun kelassssssss...

Yati-M said...

amboiii... cepatnye dah buat...tang mahai tu tapi makan sedap..berbaloi2 cik mat..

Mat Gebu said...

salam sari yusa ibrahim..
Eh nama abah kita sama lah "pak berahim" jugak...hahaha...makan berdamai..ok juga tu, tapi takut pak mertua pingsan ingat apa benda pulak lahh dok seketui mcm tu..

salam yati - M...
Dari ari tu nak try, saya sampai mimpi2 benda ni, semua garan aci "Muna" punya tarikan...hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.