ASAM PEDAS....ANDA PASTI MENYESAL!!..

rsz_ahsam_pedas_esotik
Salam semua, mesti anda menyesal kan masuk, bila tengok entri asam pedas. Entri asam pedas yang che mat letak kali ni agak berbeza sikit. Bukan memperkosa resipi tradisi, tapi sekadar cuba mengolah tanpa menjejaskan rasa. Plan asal che mat bukan nak masak asam pedas, tapi nak masak sup kentang. Tapi dengan takdir Allah, kentang terkonteng2 tinggal sebiji....haish, entah macam mana boleh lupa yang che mat dah gunakan kentang tu untuk bikin begedil dan masak sup ayam tu hari. Maka tadi ku beli seguni kentang...guni kecik aje bukan bapak guni. Kadang2 kalau beli lebih sampai tumbuh2 si kentang tu, bila beli sikit, macam2 pulak yang nak dikentangkan...huhu. Maka che mat terpaksa tukar ke plan B, iaitu masak asam pedas ikan tenggiri. Guna ikan tenggiri papan saiz kecil dalam 3 ekor macam tu. Apa beza ikan tenggiri papan dan tenggiri batang? Yang che mat tau lah kan, tenggiri papan, sedikit leper dan badan dia licin. Kalau tenggiri batang, ia sedikit membulat dan ada corak belang2. Ok, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan tenggiri papan saiz kecil
1 batang serai
5 kelopak sawi jeruk
2 kuntum bunga kantan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 camca besar sos cili JALEN
1 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
3 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah, dibuang biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian kerat 2 setiap 1, cuci dan toskan. Sawi jeruk dipotong kecil dan rendam. Bunga kantan dibelah 2 setiap 1 dan serai diketuk, ketepikan..
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan). Tumis serai, bawang merah kecil dan bawang putih hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak sekejap. Tambah sos cili dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (angaran 800 ml). Masukkan sawi jeruk (toskan) dan biar mendidih. Tambah ikan dan bunga kantan, masak dengan api sederhana dan kacau sekali sekala. Masukkan lada hitam tumbuk. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...

Post a Comment

5 Comments

  1. Assalammmualaikum

    Mana nak cari sawi jeruk? Macam mana nak tahu ia elok atau dah tak elok di masak ?

    Saya selalu tengok blog che mat . Bagi saya idea apa nak masak hari tu.


    Terimakasih

    ReplyDelete
  2. Salam CM.. Sedapnya asam pedas siap ada lada hitam. Bau dia mesti mengancam. Ada pulak sawi jeruk:)

    ReplyDelete
  3. sedapnye..mohon cuba resepi ni ye che mat :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.