Assalammualaikum, salam Isnin biru...kang ada pulak yang tanya, eh you tak kerja pun ada Isnin biru ke?...Haipp...bukan tak kerja, tapi bekerja dari rumah macam dia ni, sedap2 aje ingat tak kerja. Dan sebelum dikerjakan, eloklah che mat share resipi yang menjadi kegemaran orang2 dulu kala terutamanya orang Johor. Atas permintaan Bak, semalam, che mat masakkan lemak nenas sama ikan kurau masin, ikan kurau che mat guna 2 bahagian, bahagian tulang dan sedikit isinya. Kalau nak guna isi saja pun boleh, tak salah, tapi kalau anda campur dengan tulang, kuah akan berbeza rasa, dan satu lagi, kalau guna isi, kena letak disaat2 akhir, kalau anda letak awal, nanti isi ikan hancur. Nenas pulak pastikn yang manis, baru sedap. Kalau masam, kurang sedap, bila masa nenas tu macam dah takde rasa sangat. Che mat guna nenas Sarawak, selain tu anda boleh saja nak guna nenas madu, josapine atau nenas morris. Resipi tak susah, kiranya kalau ibu/ayah atau mertua anda nak datang, boleh cuba masak dan jamu pada mereka...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas Sarawak saiz sederhana, kupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal
4 ketul tulang ikan masin kurau, cuci dan rendam 30 minit
2 keping hirisan isi ikan kurau, cuci dan rendam 30 minit
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 keping hirisan nenas (dari bahan2 di atas)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan bahan2 kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah tulang ikan kurau masin (toskan) dan nenas. Kacau rata dan masak hingga nenas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan tambah isi ikan kurau masin (tosk dan perah sedikit). Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan..
5 Comments
sedapnya masak lemak cili api nenas.. terasa manis2 nenas tuu..
ReplyDeleteTuan Adnan, resepi ni bikin saya kecog ayag liog ja. Tapi area umah slalu takdak ayag bikin susahnya nak masak... huhu...
ReplyDeleteTq cm berkongsi resepi ni. Dan tip juga. Saya pernah masak menu ni tapi ikan tu hancur. Rupanya jgn masuk awal2.. Baru tau
ReplyDeleteRasa nak masak resipi ini untuk berbuka.
ReplyDeleteNak try resepi ni harini. Harap² menjadi
ReplyDelete