Assalammualaikum. baru sempat nak bersiaran dan masukkan entri. Semalam che mat bercuti masak dan hari ni baru nak on balik. Rasa tak berapa rajin pun ada juga sebenarnya. Tempoh hari che mat ke luar kawasan dan masa berada di Chow Kit, sempat jugalah rempat batu ulek yang dah lama che mat idamkan, lepas tu rempat juga telur itik 10 biji. Dan pagi tadi che mat petik belimbing buluh dan projek memasak pun bermula. Lemak cili padi telur itik sama belimbing. Di sebabkan stok cili padi kampung habis, dan yang ada cili padi siam saja, maka che mat gunakan saja. Tapi cili padi siam ada beza sedikit dari segi rasa, selain ia lebih pedas. Satu lagi sebab cili padi ini jenis merah, maka kuah masakan che mat jadi kaler oren kekuningan, kalau guna cili padi kampung yang hijau ia akan jadi hijau kekuningan...
Ada yang tanya, che mat, bila you masak resipi macam ni, telur itik tak bau aneh ke?...Maksud beliau telur itik tu tak bau hanyir ke?..Hmmm, tu pasal, che mat akan letak serai lebih sedikit kalau masak guna telur itik dan ditambah daun kunyit. Insha Allah tak bau dan rasa dia pun enak. Bila dimakan bersama belimbing buluh, rasa telur itik tu cukup sedap. Kata orang2 tua, hidangan ini menjadi salah satu hidangan tradisi di Istana di Negeri Sembilan, walaupun ada pelbagai jenis2 hidangan, tapi lemak cili padi telur itik wajib ada. Kalau anda tak makan telur itik atau susah nak dapat, boleh ganti dengan telur ayam, cuma rasa dia tak sama...resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik, cuci bersih dan lap kering
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat (kalau besar, guna sehelai)
15 biji belimbing buluh, cuci dan toskan, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 keping kecil asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
20 biji cili padi merah thai, belah 2 dan buang biji
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk bersama serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api, kemudian pecahkan sebiji telur itik dalam mangkuk kecil. Tuang ke dalam kuah mendidih tadi. Buat kaedah sama dengan ke lima2 biji telur dan pastikan telur tidak betindih semasa anda masukkan ke dalam kuah. Masak hingga telur dan bahagian merahnya mengeras.
- Berhati, kacau perlahan2. Pastikan telur tidak hancur. Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan biar mendidih dengana api kecil, kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah.
- Akhir sekali masukkan belimbing buluh, masak sekejap hingga belimbing berubah warna, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain....
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan che mat buang biji cili padi thai untuk mengelakkan rasa terlalu pedas. Jika anda guna cili padi kampung, tak perlu buang bijinya. Bilangan cili anda boleh kurangkan. Amalkan memecah telur dalam bekas lain sebelum anda gunakan, ini untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini terutama bila telur itu rosak...Ok tu aje...selamat mencuba!!..
8 Comments
Sedapnya.. terliur saya tengok...
ReplyDeleteBetul petua pecahkan telur dalam bekas lain tu. Serai rupanya hilangkan bau... baru tahu. Terima kasih CM
sedapnyerrr...
ReplyDeletesedapnyerrr...
ReplyDeleteCuaca panas belimbing buluh galak berbuah, boleh try buat tapi anak2 tak layan mak jelah makan.
ReplyDeleteSambil2 update latest product yg akan release esok, Bella Jubah Premium, sambil2 browse blog CM.. Skali tgk... Wahhh... Terliur da.. I baru je beli telur itik, semlm. Mmg berangan nak wat lemak cili padi ni. Tengok2 CM da wat dulu.. So pe lagi, I guna resepi CM je la.. Hihi.. Thanks for the resepi. Gambo cantik sungguh.
ReplyDeletefavourite Kak Sal ni, tapi..... ahli kluarga yg lain x minat.Jadi kita kena lupakan saja, huhuh...
ReplyDeleteSalam mat gebu nk tanya..daun ape yg dihiris halus utk hiasan tu..hehe
ReplyDeleteYes..dah jumpa utk menu tgh hari ni..terima kasih che mat..
ReplyDelete