TAUHU LEMBUT KUKUS BERSOS TAUCHO...

rsz_tauhu_lembut_kukus
Salam Jumaat semua, nak satu hidangan ringkas dan cepat dimasak?..Che mat percaya, anda mesti dah biasa makan tauhu yang dikukus seperti dalam gambar diatas yea tak. Tak tau kenapa tiba2 teringin pulak. Dan che mat oter sikit sos tu tambah taucho. Sedap dimakan panas2. Sos dia anda boleh siapkan awal, sementara anda siapkn meja makan, tauhu boleh dikukus kurang lebih 10 minit. Dan curah sos, hidangkan panas2...Che mat masukkan isi ayam cincang dalam sosnya sebagai perencah. Selain isi ayam, anda boleh gantikan dengan udang. Ok, kita semak resipi.....Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji tauhu lembut (boleh beli di pasaraya, berisi dalam paket berukuran 4 segi)
3 camca besar isi ayam yang telah dicincang
1/2 biji bawang holland, saiz sederhana
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/3 cawan air
1/4 camca teh lada sulah
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dikeluarkan dari kotak (berhati2 kerana tauhu agak lembut) dan letak dalam pinggan tahan panas, potong tauhu tadi kepada 6 bahagian, tak perlu diasingkanm biar dalam bentuk asal, cuma potong sahaja. Kemudian kukus 10 minit. Sementara itu kita buat sosnya.
  2. Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumis bawang putih, halia dan bawang holland hingga layu. Masukkan tauco, sos tiram dan isi ayam. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan kicap lemak manis dan lada sulah. Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Keluarkan tauhu lembut dari kukusan, buang air yang yang bertakung dalam bekas berisi tauhu dengan berhati2. Kemudian curah no. 2 (sos) atas tauhu tadi, ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan. Hidangkan segera bersama nasi. Sedap dimakan panas..

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahhh.. best ni! Semang kakak boleh buat:)

    Kakak mula tengok gambar tadi ingatkan kek sebab ada warna-warni - kelabu betul mata kakak ni kan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak kongsi resepi ni. Saya baru cuba tadi and here are my comments (maaf I really just write better in English).

    I omitted the chicken because today is Fish Tuesday.
    Taucu taste was a bit overpowering and it made the dish way too salty to my liking - I used taucu cap Tamin.
    Perhaps I shall just reduce taucu next time.
    The rest was just spot on because I don't have any issues with anything else other than the saltiness.
    Also I would recommend sautée bell peppers (any that you currently have) to add more vegetables into this dish because it can really be an almost complete side dish with the added vege.
    Terima kasih banyak-banyak, Mat Gebu!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.