PINEAPPLE PUFF PIE..

rsz_pineapple_pie

Assalammualaikum, untuk entri permulaan setelah 3 hari tidak bersiaran, che mat letak resipi mudah dan senang dibuat. Pineapple puff pie ini atas permintaan dari anak buah che mat. Pineapple puff pie mudah dibuat dan hanya menggunakan puff pastri. Tapi kalau anda nakkan gaya tradisonal yang lebih authentic, anda boleh guna pastri untuk apple pie yang pernah che mat buat di sini. Sebenarnya che mat sibuk sikit dan memang takde masa nak mengadap laptop, kamera pun che mat tak pegang dalam masa 3 hari ni...huhu. Dan memandangkan hari ini ada masa dan keadaan mengizinkan, maka peluang ini che mat gunakan untuk update blog.....walaupun entri biasa2 saja...pstt baru perasan ada blog ni..

rsz_pineapple_pie1

Kaedah membuat inti untuk pineapple puff pie, sama saja dengan inti epal pai. cuma che mat kurangkan sedikit gula kerana nenas yang digunakan sudah manis. Sedikit serbuk kayu manis dicampurkan ke dalam inti nenas, jika takde, anda boleh guna sebatang kayu manis kurang lebih 2 inci. Yang ini terpulang, ada yang suka dan ada yang tidak, tapi pada pedapat che mat bau kayu manis amat serasi dengan nenas sebagai ini pai. Satu lagi anda boleh buat apa bentuk pai yang anda suka, menggunakan puff pastry. Macam yang anda lihat dalam gambar, anak buah che mat yang buat, dia potong 4 setiap sekeping puff pastri dan jadilah pineapple puff pie bentuk 4 segi, comel2 aje...Anda pasti boleh membuatnya...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1/2 biji nenas madu, saiz sederhana
1 genggam kismis
1 1/2 camca besar mentega
1/4 camca teh serbuk kayu manis (atau 2 inci kayu manis)
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar penuh gula perang @ soft brown sugar
Secubit garam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Puff pastry secukupnya (che mat guna jenama KAWAN, saiz 4inci x 4 inci = 10 keping)
Kuning telur*
Sedikit esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Nenas dibuang dibelah 4 bahagian, buang empulurnya, kemudian didadu kecil. Panaskan periuk, masukkan mentega, bila mentega cair, masukkan nenas dan goreng hingga layu. Tambah gula perang dan kismis, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan garam dan serbuk kayu manis (atau kayu mani). Gaul rata dan masukkan tepung jagung. Kecilkan api, kacau hingga inti pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (keluarkan kayu manis jika anda menggunakannya).
  2. UNTUK PINEAPPLE PUFF PIE :- Ambil sekeping puff pastry (pastikan anda keluarkan dari freezer dan biarkan dalam 15 minit pada suhu bilik). Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Potong puff pastry pada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, letak 1 camca teh inti nenas atasnya, ambil 1 bahagian lagi, kelar2 atasnya kemudian letak atas inti, kemaskan bahagian tepinya dan tekan dengan garfu. Buat kaedah sama untuk yang lain. Alih atas dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Sapu dengan kuning telur kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Jika oven anda ada kipas, boleh 'on' kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..

Post a Comment

2 Comments

  1. memang yummy..minum dengan kopi lagi..ngam tu CMG...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum che mat..hari ni trybuat pineapple puff ikut resepi kat atas utk minum ptg.. alhamdulillah jadi.. sedap sgt... terima kasih sudi share resepi..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.