PAIS PEDAS IKAN KEMBONG...

rsz_pais_ikan_kembongs
"Mat, buat lah pais ikan"...itu cadangan dari Datin Asima Abdul Latiff @ Mama nama panggilan di FB. Maka dari rasa malas nak masak, tiba2 kemengidaman 'pais ikan' itu datang, dan alhamdulillah, bahan2 semua cukup. Itu yang paling utama, kalau kita rajin nak masak, tapi bahan2 kurang atau tak cukup, mula lah rasa mood tak berapa nak ok, walaupun boleh diubah suai ikut bahan2 yang ada. Che mat memang ada beli ikan kembong segar semalam, jadi ambik 2 ekor dan guna untuk buat pais. Kesegaran ikan paling utama selain bahan2 lain. Untuk pais ini che mat hanya bakar dalam kuali ajaib, kalau anda nak bakar dalam oven atau bara api pun ok, atas bara api lagi bess. Selain ikan kembong, anda boleh guna ikan pari, ikan tenggiri atau nak test guna ikan tilapia pun boleh, cuma che mat tak taulah rasa dia macam mana kalau guna ikan tilapis. Resipi memang senang nak buat...jomm kita semak...

BAHANN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong saiz besar
1 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca teh pes asam jawa
6 camca besar penuh kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun kunyit
Daun pisang secukupnya, cuci, lap kering dan layur atas api hingga lembut

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
2 biji cili merah
10 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan, dibakar
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian cuci bersih dan kelar2 sedikit. Tabur sedikit garam dan ketepikan. Sementara itu tumbuk halus semua bahan2 untuk rempah. Masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga kelapa parut hancur dan bersatu dengan bahan2 lain. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang, gaul hingga rata dan ketepikan.
  2. Ambil sehelai daun pisang (kurang lebih berukuran 12 inci X 20 inci) yang telah dilayur lembut. Letak sehelai daun kunyit atasnya. Ambil 1/4 bahagian rempah, ratakan atas daun kunyit tadi. Letak seekor ikan kembong, ratakan lagi 1/4 bahagian rempah. Bungkus dengn daun pisang kemdian semat kiri dan kanan bungkusan dengan lidi pencungkil gigi yang bersih. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi. 
  3. Panaskan kuali atau oven, dan bakar pais tadi. Sebab che mat guna kuali ajaib, masa membakar kurang lebih 8 - 10 minit untuk setiap bahagain. Bila masak, boleh hidangkan bersama nasi panas atau dimakan begitu saja...
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh juga bakar dalam non-stick pan, guna api kecil dan tutup permukaan pan dengan tudung periuk. Kalau guna oven, guna suhu kurang lebih 200C. Dan jika nak lebih asli dan authentic, anda boleh bakar atas bara api. Idea pais ini juga sesuai kalau anda nak buat bbq. buat lebih, siap2 bungkus dengan daun pisang dan kemudian balut dengan aluminium foil, simpan dalam peti sejuk. Tak usah bimbang jika ia sedikit berair, ini akan menjadikan pais anda lembap selepas dibakar dan rasanya lebih enak...Selamat mencuba!!...

Post a Comment

1 Comments

  1. guna kamera dan lens jenis apa ye? cantik2 gambarnya, sudut rakaman juga menarik!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.