KEK OREN MARBLE LEMBAP...

rsz_kek_oren_lembapp
Salam semua...ok, kali ni nak share entri kek mudah tapi sedap, lembut, lembap dan beraroma oren yang sungguh harum. Dan untuk menambah keserian, che mat kasi marblekan sedikit. Resipi dah ada dalam blog DTS, tapi kadang2 nak mencarinya tu agak letih gak kan, maka che mat tulis sekali lagi. Kek oren marble lembap ni juga che mat sajikan masa tetamu datang semalam. Kek ini tidak renyah membuatnya dan hanya memerlukan 7 bahan sahaja, itu pun kalau anda nak marblekan macam che mat buat, kalau takmo, boleh buat plain aje. Satu lagi, che mat campurkan sedikit pewarna oren dan kalau anda tak nak letak pewarna orang, makin kurang lah bahan2nya, tinggal 5. Tak banyak kan?..Kalau kata banyak juga, tatau nak kata apa...Kek macam ni che mat rekomen pada anda yang baru nak berjinak2 membaking, sebab senang dan hasilnya...boleh dibanggakan....ehemm..Ok, jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega (che mat guna SCS)
2 biji telur gred A, asing kuning dan putih
3/4 cawan gula kastor (boleh kurangkan), asingkan 1 camca besar
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jusnya
1 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh coklat emulco
Beberapa titik pewarna oren

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Lanser juga kertas tadi. Ketepikan
  2. Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan 1 camca besar gula yang diasingkan tadi (dari 3/4 cawan gula). Terus memutar hingga kental. Matikan mixer dan alihkan putih telur ke dalam bekas lain.
  3. Putar mentega dan baki gula kastor hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan jus oren berselang seli dengan tepung, hingga habis. Tambah pewarna oren dan putar sebati.
  4. Ambil 1/2 bahagian putih telur, dan gaul dengan adunan no. 3 hingga sebati. Kemudian masukkan lagi baki putih telur dan gaul hingga rata, gunakan kaedah kaup balik. Cedok keluar 4 camca besar adunan dan campur dengan coklat emulco, kacau rata. Ketepikan.
  5. Tuang adunan oren ke dalam tin yang telah disediakan. Kemudian sudukan adunan coklat ke beberapa bahagian pada adunan oren. Lorekkan dengan chopstik beberapa kali hingga membentuk corak marble.
  6. Bakar selama 45 minit atau hingga masak. Nak tau masak, uji dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, kalau keluarnya bersih, tanda kek anda telah masak. Sejukkan sebentar dan boleh keluarkan dari acuan. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Boleh hidangkan....

Post a Comment

8 Comments

  1. fuh....
    terbaik...
    kaedah asing telur..

    thanks syer resepi selalu mixes sebiji2 jer

    ReplyDelete
  2. Wow.... sedapnyer.... thanks for the recipe.... bole saya cuba....

    ReplyDelete
  3. Lama Che Mat tak baking. Rindu sangat tengok hasil air tangan awak.

    ReplyDelete
  4. Teringat kek dulu yang mak sellau buat... Nostalgia betul.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Che Mat.

    Btw, thank you for the sharing recipe. Sangat sedap, dah cuba membuat di rumah dgn mak. Tapi tak segebu mcm kek Che Mat. Hehe. Thank you :)

    P/s : kalau tak berkeberatan mohon approve request friend di fb. Selalu ikut resepi Che Mat. Hehe. :)

    ReplyDelete
  6. lame xmkn kek oren, kepingin btl

    ReplyDelete
  7. sy cikgu husna.suke resepi che mat.mjd lg sdap!

    ReplyDelete
  8. Boleh ke kalau nk kukus guna kaedah asing putih telur?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.