SAMBAL TERUNG PIPIT SAMA IKAN BILIS KEMBONG...

rsz_sambal_bilis_sama_terung_pipit
Assalammualaikum, salam sejahtera. Dah makan atau ada yang berpuasa hari ini?...Hari ni che mat masak lewat sebab keluar sekejap pagi tadi. Dan menu yang anda nampak dalam gambar atas tu bukan che mat masak, tapi bonda yang masak. Ini satu menu ringkas dan penuh kenangan. Dulu masa arwah datuk kami masih ada, ini antara menu kegemaran untuk dibawa bekal kalau ke kebun. Dan hingga kini ia antara menu kegemaran dalam keluarga che mat. Guna terung pipit dan ikan bilis kembong atau boleh guna ikan bilis tamban. Sambal ini agak istimewa sebab bonda masukkan 1 genggam cendawan terkukur atau kulat sisir. Sebab guna ikan bilis kembong, maka anda perlu rendam hingga ikan lembut, baru diasingkan tulangnya. Apa2 pun terima kasih pada bonda che mat sebab dah masak awal sambal terung pipit ini. Kalau anda teringin nak mencuba, che mat tuliskan resipinya..Oh yea...bagi anda yang ingin tau harga produk2 JALEN terutama kicap, anda boleh klik sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan terung pipit
1 1/2 genggam ikan bilis kembong
1 genggam cendawan terkukur, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
4 - 5 biji cili hijau, hiris
1/2 camca teh pes asam jawa
1 inci belacan + 2 camca besar air, larutkan
Garam secukup rasa
Secubit gula
Sedikit serbuk perasa
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung pipit dicuci kemudian rebus hingga  lembut, toskan. Ikan bilis kembong direndam hingga lembut, kemudian asingkan dari tulangnya. Cendawan terkukur dibersihkan, rendam hingga kembang. Tos dan perah. Tumbuk sedikit, tapi jangan sampai lumat, sekadar memar sahaja. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masuk belacan yang dilarutkan, kacau rata dan tambah ikan bilis kembong dan cendawan terkukur. Tuang air dan tambah terung pipit. Kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya, serbuk perasa dan gula. Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan sama nasi panas..

Post a Comment

3 Comments

  1. sedapnye..lama tak makan menu ni.

    ReplyDelete
  2. perghh first tgk resepi ni Che Mat.. memang AWESOME lah

    ReplyDelete
  3. oooo..kena rebus dlu ya. dlu cuba buat sekali, tapi tak rebus. keras dan pahit sungguh...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.