GULAI NANGKA MUDA YANG TIDAK MENJEMUKAN...

rsz_masak_lemak_nangka_muda1
Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni che mat masak gulai nangka muda. Dah biasa sangat kan kalau gulai2 macam ni dalam blog DTS...tapi ia sebagai satu cara untuk mengekalkan menu tradisi orang2 melayu kita. Nangka muda che mat beli semalam di Kipt Mart Johor Bahru, memang plan nak masak gulai sama ikan kurau (tapi tadi nyaris2 nak masak kari dengan tulang lembu...namun terpaksa dikenselkan atas sebab2 tertentu...huhu). Sebab che mat kehabisan stok tulang ikan kurau, che mat guna isi ikan kurau tapi anda harus rendam lama sikit, macam che mat rendam 3 jam untuk kasi hilang rasa masin terlampau (yelah dah nama pun ikan masin yea tak...) Sebab Bak tak boleh makan pedas, maka che mat hanya guna cili merah, kalau anda suka pedas boleh campur sedikit cili padi. Selain ikan kurau masin, anda boleh guna ikan masin sepat atau ikan masin talang. Satu lagi kalau nak campur kerisik juga sedap...Ok kita lihat resipi yang begitu authentic dan klasik sangat.....Psstt..anda dah cuba resipi ini?..selalu untuk hidangan Aidil Adha nanti...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap dibersihkan
5 - 6 ketul isi kan masin kurau ( sebesar saiz 2 ibu jari), rendam 2 - 3 jam
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 santan cair
450 ml pati santan
1 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
3 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka dipotong dadu, kemudian celur sekejap hingga 1/2 empuk. Toskan. Ikan masin dicuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum, kacau selalu dan guna api sederhana.
  2. Masukkan nangka, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih dan tambah kiub ikan bilis (jika guna). Masukkan ikan masin kurau dan asam gelugor. Masak hingga nangka lembut. Tuang pati santan dan kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (kalau anda nak guna serbuk perasa pun boleh). Tambah daun kunyit, kacau rata dan biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sambal belacan....

Post a Comment

2 Comments

  1. gulai nangka memang tidak pernah menjemukan... hanya yang berani jer sanggup makan :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.