TUMIS SAYUR RAMPAI SAMA PETAI...

rsz_sayur_rampai_sama_petai
Assalammualaikum...baru sempat nak update blog. Siang tadi cm tak sempat nak bersiaran, lepas siap2 masak ada hal lain yang perlu dibereskan dan hanya sempat ambil gambar menu ringkas yang cm masak. Sekarang ni kan musim petai, dan baru2 ni masa cm pergi ke Telok Intan, sempat juga beli petai satu ikat besar. Dan hari ini cm masak tumis sayur rampai dan dicampur sama petai. Ini kurang lebih macam sambal goreng tapi bahan2nya lebih ringkas. Sebenarnya cm guna apa2 bahan yang masih berbaki dalam peti sejuk. Bila ditambah dengan pelabagai jenis bahan walaupun dalam kuantiti yang sedikit, maka jadi lah banyak. Sedap dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng. Kalau ada ayam masak kicap pun bess, memang ngam sangat...errrr...macam nak buat ayam masak kicap pulak...esok2 lah kan kalau cm rajin...Kita lihat resipi , serius sempoi sangat tapi heaven......sebab ada petai...kalau anda tak makan petai, sila tak payah letak..Ok!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji kobis bulat saiz kecil, hiris, cuci dan toskan
2 keping tauhu didadu, goreng, toskan
2 keping tempe, didadu, goreng dan toskan
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
4 papan petai, ambil isinya, rendam
1 /3 cawan isi udang, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak (anggaran 2 camca besar), tumis bawang besar hingga harum, masukkan bawang putih, hirisan cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah udang dan kacau rata, bila udang berubag warna, tambah sos tiram, kacau dan masukkan petai. Tuang sedikit air dan masak sekejap.
  2. Masukkan tempe dan tauhu goreng, gaul rata. Masukkan kobis, gaul dan tambah soo hoon (toskan). Kacau lagi dan boleh perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih, sambal belacan, ikan goreng dan ayam masak kicap.

Post a Comment

5 Comments

  1. aslmkm..salam kenal,sebenarnye dah lama follow che hehehe :),tp malu2 nk berkenalan sebb blog saya ni hidup segan,mati tak mahu heeh..^__^,kat cni masak2 best2..jemput follow blog saya ye n bole la tgk barang2 shaklee..^__^

    ReplyDelete
  2. sedapnya, kalau jenis diet tak makan nasi memang sesuai

    ReplyDelete
  3. lauk ni mkn dgn nasi panas2...klu ade sambal bilis lg sodapp...

    ReplyDelete
  4. Ohmaiii...
    perut sedang berdondang sayang nieh...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.