PAJERI @ PACERI NENAS...

rsz_paceri_nenas
Assalammualaikum, salam Isnin, masak apa hari ni?...Hari dah 1 hb Julai, rasa2nya tak berapa hari lagi insha Allah bulan Ramadhan bakal menjelma. Mudah2an dipermudahkan segalanya untuk umat Islam menjalankan ibadah puasa nanti. Entri pertama hari ini cm letak paceri/pajeri nenas. Ini bukan cm masak hari ni, tapi cm masak semalam. Guna nenas madu saiz sederhana. Kalau di Johor, bila masak nasi minyak, biasanya akan ada paceri nenas, tapi yang kebiasaannya bukan jenis macam cm masak, tapi sejenis lagi pajeri yang dipanggil pajeri bombay, kurang lebih macam acar saja. Kenapa cm suka masak pajeri?.. Sebab Bak memang suka pajeri samada terung atau nenas. Buat dia tidaklah susah mana, dan sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani....Resipi seperti berikut (cm copy paste dari entri lepas je, sebab resipi yang sama)...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas saiz sederhana (nenas madu, morris atau sarawak)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1/2 cawan pati santan
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar gula perang (atau secukup rasa)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 genggam udang kering, rendam 15 minit dan toskan
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas nenas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Rebus sekejap dan masukkan serbuk kunyit dalam air rebusan tadi, kemudian toskan. Cili merah dan hijau, dibelah dua tapi tak putus, rendam. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 bertanda (*) dan cili kisar hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan.
  3. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas, belahan cili merah dan hijau (toskan). Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih..

Post a Comment

7 Comments

  1. Salam. Saya baru plan nak masak pajeri nenas hari ni.... Pajeri nenas di abu dhabi... Boleh try resepi mat ni... Mesti sedap. Tq

    ReplyDelete
  2. Sedapnya paceri nenas makan bersama nasi putih & ikan gelama jeruk... ermmmm...

    ReplyDelete
  3. kalau makan nasi beriyani tak ada ni tak sah!

    ReplyDelete
  4. Bang saya amik resipi ni yek nk bg kat wife

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    Nak tanya, macamana resepi pajeri nenas yang berkuah? boleh kongsi tak?

    Trimass

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.