Cuma boleh kata penat..tu je, tapi semua pekerjaan ada penatnya. Hari ni ada permintaan menu yang agak cerewet sikit tapi seronok membuatnya. Walaupun hanya ada penambahan pucuk labu, namun tetap memerlukan ketelitian. Sebenarnya cm ada beli petai tu hari, jadi memang plan nak bikin sambal tempoyak daun kayu. Pucuk ubi kutip kat tepi rumah dan cara cm ambik pucuk ubi hanya tiga tingkat dari atas (maksudnya pucuk, daun kedua dan ketiga sahaja). Dan ada yang kata bahagian pucuk sekali dibuang, tujuan untuk mengelakkan pening kepala, wallahhualam, cm tak buang pun, habis aku hempok sekali jalan dalam sambal tempoyak. Seperti biasa, kalau sebut sambal daun kayu, pasti dengan berbelas malah puluhan jenis daun2nan yang digunakan. Tapi cm guna daun kunyit, pucuk ubi, petai dan pucuk labu sahaja. Kali ni agak pedas sebab guna 3/4 cawan cili padi. Tempoyak cm guna dalam 5 camca besar penuh dan santan dari sebiji kelapa...hehe..seram ke?...Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 cekak pucuk labu
6 helai daun kunyit muda
4 papan petai
1 keping asam gelugor
5 camca besar penuh tempoyak
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1200 ml santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3/4 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pucuk ubi dan pucuk labu diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Daun kunyit cuci dan tos, buang bahagian tengahnya. Hiris halus seperti bunga rampai pucuk ubi, pucuk labu dan daun kunyit tadi. Petai diambil isinya, cuci dan kerat dua setiap satu. Ketepikan.
- Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama tempoyak. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan, kacau dan masukkan ikan bilis. Masak dengan api kecil hingga sedikit pekat. Tambah petai, masak sekejap dan masukkan semua jenis daun dan asam gelugor. Gaul rata2.
- Masak dengan api sederhana hingga pekat dan kacau selalu, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi. Jika tidak habis, simpan dalam peti sejuk...Selamat mencuba!!.
8 Comments
yummm yummmm
ReplyDeletesedapp bangat tu
SEDAPNYA CM.... meleleh ayaq lioq cheq ni...huhuuu
ReplyDeleteTempoyak daun kayu ni mmg fav. saya!
ReplyDeleteTapi tak penah try buat, agak teringin saya sanggup ke kuala pilah, tmpt kat mana saya mula belajar makan lauk ni.
Sedapnya cm.... pernah mkn skali tu pon kwn yg bg. suka sgt ngintai kat dapur cm ni. tiap mlm sblm tido mesti jengah kat sini dulu
ReplyDeletepenggoda tegar betul cik mat ni..lagi2 tang pucuk ubi nih..cairrrrrrrrrrrrr!!!
ReplyDeletemenu bermusim jer nie hehehe
ReplyDeletetempoyak fav nie :) aduh memang sedap , catat n nak suruh mak masak :)
ReplyDeletecm ...terbaikkkk
ReplyDelete