PAJERI TERUNG KE PACERI TERUNG?....

rsz_pajeri_terung
Assalammualaikum, lama cm tak bikin pajeri terung...errr..ke paceri terung eks?..Konpius kadang2, siap ada yang tanya cm, yang mana satu betul, pajeri ke paceri?..Hmm, payah gak nak jawab sebab ada setengah2 tempat panggil pajeri, dan ada pulak tempat lain panggil paceri..Tapi ia benda yang sama, jadi tak payah lah nak konpius sangat, bukan masuk dalam soalan peperiksaan pun. Yang ni cm masak semalam. Plan asal nak bikin terung berlado macam tu hari, tapi asyik benda yang sama je. Teringat kat Bak, dia memang suka pajeri terung, ok cm kasi masak pajeri lah. Bukan susah mana, simple sangat. Satu je pajeri yang ni cm tak de campur udang kering, sebab Bak kan masih pantang, elok2 dia ok, sebab nak sedap ada gaot kembali nanti. Apa2 pun ia tetap masih sedap dan. Cm guna 5 biji terung organik "sakura pearl" dan setiap satu cm belah dua sahaja. Dan seperti anda sedia maklum, pajeri selalunya agak manis, yang ni anda pandai2 lah yea ikut citarasa masing2...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji terung ungu, belah 2 setiap 1 dan rendam
2 camca besar rempah kari ikan (baba's)
1 keping asam gelugor
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
100 ml santan pekat (cm guna santan kotak)
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras, hiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan rempah kari ikan dengan bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan asam gelugor dan santan pekat serta sedikit air (anggaran 3/4 cawan). Kacau rata. Tambah kerisik dan biar mendidih. Masukkan gula secukup rasa. dan sedikit garam. Masukkan terung (toskan) dan cili merah/hijau, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Post a Comment

14 Comments

  1. Salam Che Mat,

    Kalau org utara Pajeri lah. Kalau kat Shah Alam dan kawasan sekitar pun rasanya sama kot. Tapi x kisahlah, sebut pajeri or paceri semua org tau...

    sedap nampak gamabq pajeri terung tuh... :)

    ReplyDelete
  2. Salam Che Mat,
    Saya tengok Che Mat gunakan rempah kari ikan, kalau guna rempah kari daging boleh juga kan.

    ReplyDelete
  3. fevret saya all the times! sedapnyaaaaa~~~

    ReplyDelete
  4. Kalau sebut memang paceri tapi bila eja pajeri kenapa eh?

    Kakak suka makan dgn roti walau biasa utk makan dgn nasi.

    ReplyDelete
  5. Kak Sari sebut pajeri.. kalau jumpa ejaan paceri, rasa macam pelat jer lidah ni nak sebut...

    Kak Sari suka pajeri terung, sepinggan boleh habis, tapi betul ke ada kawan Kak Sari cakap makan terung banyak boleh sebabkan panau, apa kaitan???

    ReplyDelete
  6. wan biasa dgr org panggil pajeri

    ReplyDelete
  7. di kg saya (Perak belah kuala kangsar) masa saya kecik2, pajeri terung ni sangat lah popular sebagai salah satu lauk dalam kenduri kawen..dimasak dalam kawah dan kuahnya banyak serta terung besar di potong dua dan dibelah empat tapi takputus..lawannya ikan masin/kering dan sambal belacan..ayam dan daging tolak ketepi..

    ReplyDelete
  8. Bunyi seakan2.. Tp benda yg sama kira x de jd hal la kan cm. sedap.... Skrg ni harga terung dah agak mahal susah nk jmp menu ni kat rumah kenduri.

    cm.. Apa fungsi buah keras ye? Dia memekatkan kuah juga ye

    ReplyDelete
  9. my favourite lauk, kalau balik kg mesti mak masak paceri nanas, terung nie jarang lak...tapi sure sedap...paceri @ pajeri....janji sedap...hehe...

    ReplyDelete
  10. Bestnya cik mat, kalau nenas pun sama jgk ke cara masaknya

    ReplyDelete
  11. nak curi resepi byk2 kat sini bekalan utk bulan puasa nanti hhihih

    ReplyDelete
  12. cm..kalo nk ltak udang kering..camna eh..kna blender atau cmpak je masuk skali time tumis?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.