PASTA TORTELLINI ALA OLIO...

rsz_tortellini_ala_olio
Ehemm...salam semua, entri pasta lagi, selagi belom habis, itu yang ku masak dan ku letak di blog. Tak boringkan?...Terima kasih kata tak. Ingat pasta Tortellini yang cm masak tu hari di sini?. Ada lagi, kalau anda beli bungkusannya tidaklah besar mana, sedang2 saja, tapi isi dia boleh tahan, 2-3 kali masak kalau anda makan sorang, yelah benda macam ni bukan semua orang suka. Macam kat rumah cm, kalau cm masak, bonda dan abang cm mungkin ok lah, tapi Bak, jangan harap, di bayar untuk makan pun dia takmo. Untuk resipi ini cm guna kurang lebih  1 cawan pasta tortellini yang belum direbus. Cukup makan untuk dua orang, tapi kalau lapar tahap naga, nko hadap sorang2 pun boleh, takde sapa nak marah. Resipi cm buat yang mudah saja. Tapi pada cm kalau anda nak masak spaghetti, gunalah minyak zaitun, sebab rasa dia memang ngam dengan spaghetti atau pasta2 lain. Minyak masak biasa pun boleh, tak dosa, cuma minyak zaitun baru nampak serasi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan pasta tortellini
1/3 cawan daging ayam cincang
1 biji tomato merah, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, didadu
1/2 camca besar chili flakes
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu kecil
1/2 kiub pati ayam
1/2 camca besar herba oregano 
Garam secukup rasa
Secubit gula
Hirisan daun kucai untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta tortellini dalam air mendidih bergaram selama 15 minit, toskan (simpan sedikit air rebusan). Panaskan minyak zaitun dalam kuali (cm guna non-stick pan). Tumis bawang besar, bawang putih dan chili flakes hingga harum, masukkan tomato dan masak hingga tomato lembut. Tambah daging ayam kisar dan tuang sedikit air rebusan pasta. Masak sekejap.
  2. Masukkan kiub ayam, cili hijau dan herba oregano, kacau dan masukkan pasta tortellini, gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan panas....Jemput semuaaa....

Post a Comment

6 Comments

  1. teringat makan spageti olio kat pizza hut xrasa apa...tp ni nampak cam sedap je

    ReplyDelete
  2. @ faa.rosli - Spaghetti olio memang ringkas, bahan2 pun tak banyak. Tapi anda boleh lah pelbagaikan sikit,ikut citarasa sendiri..

    ReplyDelete
  3. Errr kalo x lapar tahap nagapun saya sanggup hadap sumer tu cm!

    ReplyDelete
  4. http://lalalaonlinestyle.blogspot.com/2013/05/shawl-soft-cotton-pelbagai-corak-dan.html

    ReplyDelete
  5. dah beli tortellini..
    mula ingat buat dlm tomato soup..lupa plak beli tomato soup..
    so cuba resipi ni ala olio..
    any way CM thanks give an idea for tomorrow breakfast..

    ReplyDelete
  6. wow.. mabelesss lahh cikmat.. nak try untuk buka pose hari nie lah... tq

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.