YANG RINGAN - RINGAN JE MALAM NI...EHEMM..

rsz_sup_petola_campur2
Entri malam ni yang ringan2 saja. Cuaca panas macam sekarang ni elok juga kalau kita makan sup2 atau masakan yang berkuah dan tidak pedas sangat. Satu masalah cm ni kan, suka beli apa yang cm nak makan, tapi bila balik rumah, permintaan lain pula yang timbul, kenalah cm simpan dulu apa yang cm beli. Petola salah satu sayuran yang memang cm suka, terutama bila dimasak tumsi air. Kali ini cm masak dengan bebola ikan pelbagai bentuk. Ingat nak guna udang, tapi Bak kan tak boleh makan, jadi alternatif terbaik cm guna benda2 berasakan isi ikan. Sup macam ni sedap dimakan begitu saja atau bersama bubur nasi pun sedap. Tambah sedikit lada hitam bagi mengimbangkan sayur petola yang seperti anda tau dalam kategori sayuran jenis sejuk. Resipi kalau ikutkan tak perlu tulis sebab senang sangat....errr...tulis lah kan biar senang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis, kupas kulit, cuci dan hiris sederhana tebal
Bebola ikan pelabagai bentuk secukupnya
1 kiub ayam
1 cekak soo hoon. kerat pendek dan rendam
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putik ketuk hingga harum. Tuang air dan kacau rata. Masukkan kiub ayam dan biar mendidih. Tambah bebola ikan dan juga petola.
  2. Masukkan soo hoon (toskan), kacau rata dan tambah lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu saja..

Post a Comment

8 Comments

  1. Sama la.. Tghr tdi kite pn masak petola :)

    ReplyDelete
  2. Sama la.. Tghr tdi kite pn masak petola :)

    ReplyDelete
  3. knp klo sy masak ada letak soo hon habis kering sup tu pstu kembang je. klo nk mkn balik mlm. rasa geli pon ada

    ReplyDelete
  4. sedap juga kalau di ratah aje..

    ReplyDelete
  5. makan tu je pun dah boleh kenyang ni, bagus untuk diet

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.