ASAM TUMIS KELADI DENGAN IKAN MASIN.

rsz_asam_tumis_keladi
Lama tak masak asam tumis keladi, jadi untuk bonda cm masakkan menu ini. Keladi yang cm guna jenis keladi minyak, tapi sayang, ia agak kurang elok, sudah masuk angin dan ada kesan2 lebam sedikit. Tapi masih ok dan sedap.Taukah anda ada setengah2 orang akan membiarkan keladi tadi masuk angin hingga warna kehitaman. Dan keladi tadi akan dibuat pengat, walaupun rupa dia kurang menarik tapi rasa dia sedap, kenyal2. Pertama kali cm makan dulu, di rumah Mak Usu cm di Pontian. Mula2 ku ingat daging dibuat pengat. Nak makan pun rasa tak lalu, sekali rasa rupanya keladi yang sengaja dibiarkan masuk angin. Menu kali ini cm tak guna batang keladi, cuma isi keladi dan tulang ikan masin kurau. Jangan gusar kalau anda takde ikan masin kurau, anda boleh guna apa saja jenis ikan masin, kecuali ikan tenggiri masin, yang tu cm tak sarankan sebab nanti hancur bersepai, dan sah2 masakan anda jadi masin..Dan entri pilihan DTS kali ini, di sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku keladi minyak saiz sederhana
4 - 5 keratan tulang ikan masin kurau, direndam 20 minit
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 genggam ikan bilis, cuci bersih dan rendam sekejap, toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi dikupas, kemudian dipotong kiub, atau berbaji, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk. Toskan. Tulang ikan masin kurau direndam 30 minit, toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masuk tulang ikan masin kurau tadi dan asam geluor, masak sekejap.
  3. Masukkan keladi dan masak hingga keladi empuk, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya (letak sikit dulu, dan tambah jika perlu) dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap dengan api sederhana, rasa dan jika ok boleh matika api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam MG...kecur dah tgk asam tumis keladi ni,ada lak sambal belacan..mmg tak toleh kiri-kanan bila mkn :)

    ReplyDelete
  2. cik mat, kalau buat photoshoot utk makanan nih kan, masa makanan tuh masih panas2 kuku ke? sama ke kualiti gambar tuh kalau amek masa dia dah sejuk? hehe... saja tanya, nak tau...

    ReplyDelete
  3. cm...mmg betullah kata puan blog yg cm link tu...
    mmg trgoda dgn apa jua masakan yg ada dlm blog nie...
    apa2pun tq so much coz thru this blog sy belajar byk ttg masakan...eventhough yg tak pernah makan pun...
    keep it up cm...

    ReplyDelete
  4. alahai dh telan air liur ni.
    cik mat, mangukuk tu beli mana?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.