PILAF YOGURT KETUMBAR...

rsz_nasi_pilaf_ketumbar

Assalammualaikum, salam Ahad. Dah makan?....Semalam masak yang ala kadar sebab ada jemputan. Hari ni masak yang ala-ala pulak...tak berapa nak ala kadar. Sebenarnya mat nak habis kan baki yogurt tu hari. Fikir2 juga resipi yang sesuai. Kalau benda2 manisan macam tak minat. Jadi kasi buat pilaf. Ini resipi yang mudah, tak banyak karenah. Dan kebetulan ada daun ketumbar yang mat beli di Tesco. Boleh lah masak pilaf yogurt ketumbar. Tak susah, masak guna rice cooker sahaja. Ada juga yang tanya kenapa nasi berkerak. Itu memang kebiasaan kalau kita memasak dalam periuk nasi elektrik, kecuali lepas nasi kerang, anda salin dalam kukus dan kukus sampai masak, dan pasti tidak berkerak. Seperti biasa kalau masak nasi2 seperti ini, beras basmathi menjadi pilihan, tapi boleh saja nak guna apa jenis beras sekali pun cuma cecair tu anda kena pandai gayakannya....

rsz_nasi_pilaf_ketumbar1

Hidangan ini mat cuma sertakan dengan 2 jenis sajian sahaja, 1 ayam panggang madu dan acar mentah. Kalau anda buat boleh juga hidangkan bersama rendang atau dalca, acar timun dan pajeri juga sesuai dihidangkan sekali. Kata orang kalau guna yogurt untuk memasak nasi, samada nasi minyak atau beriani, ia akan kekal lembut. Kalau anda perhatikan ada resipi nasi beriani yang menggunakan jus limau nipis selain susu. Apa2 pun kena cuba dan jika ok pada tekak anda dan keluarga, boleh lah simpan resipi tersebut sebagai rujukan bila rasa perlu. Mat kongsi resipi nasi dulu, untuk ayam panggang madu nanti2 pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit dan toskan (mat guna basmathi Moghul)
1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu segar
5 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
2 pokok daun ketumbar dengan akar2nya, cuci bersih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
2 camca besar mentega
1 camca teh pewarna hijau makanan
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cairkan mentega, tumis kayu manis, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga harum dan bawang layu. Masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Kacau rata.
  2. Alihkan beras ke dalam rice cooker. Sementara itu satukan yogurt, susu segar dan air, kacau rata. Tuang ke dalam rice cooker berisi beras tadi. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun ketumbar (kerat 2). Tekan 'ON' dan biar nasi kering.
  3. Kemudian buat beberapa lubang pada nasi tadi dan titik2 pewarna hijau makan ke dalamnya. Biar hingga nasi betul2 kering. Gunakan chopstick dan gemburkan nasi tadi. Matikan suis rice cooker. Boleh hidangkan bersama lauk2 yang anda gemari..

Post a Comment

7 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.