Aduh....aduh...aduh....cuma sempat masak menu klasik kat atas tu saja. Taugeh masak lemak, mat campur tauhu. Bila masak menu ini, teringat arwah Mak Long (kakak pada Bak) yang menetap di Singapura dulu. Arwah amat2 suka taugeh masak lemak. Hari ni masak lewat dan lepas tu ada benda lain nak kena buat. Taugeh masak lemak satu masakan yang begitu klasik dan banyak meninggalka nostalgia. Menjadi kegemaran mak-mak tua dalam keluarga kami, cukup dengan sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin bersama nasi hangat yang dimasak lembut. Walaupun ia hanya masakan biasa, tapi ini adalah antara masakan popular dalam masyarakat melayu kita. Ada juga yang gemar guna taugeh kasar atau taugeh soya, tapi bag mereka2 yang berusia agak payah nak makan sebab taugeh kasar agak keras terutama bahagian kepalanya yang ada kacang soya. Resipi amat2 mudah dan tidak mengambil masak yang lama untuk dimasak..
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram taugeh, dibuang ekor, jika panjang
3 keping tauhu, potong 4 setiap satu
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Taugeh dibuang ekor, jika panjang, cuci dan toskan. Tauhu dipotong 4 setiap sekeping. Ketepikan. Tuang santan cair dalam periuk, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Masak hingga mendidih.
- Masukkan tauhu dan masak sekejap. Tambah taugeh dan tuang pati santan, masukkan hirisan cili merah. Kacau perlahan dan tambah garam secukup rasa, masukkan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin..
10 Comments
ni kalo ada sambal belacan lembek..aduh sedapnyaaaaaaaaaa..
ReplyDelete*watermark letak kat sipi2 masakan,terbaik pakcikmat..semoga orang tak amek lagi...
@ cik eka - terima kasih cik eka....
ReplyDeletemasakan yang evergreen, kalu ada kari ke.. gulai ke kat sebelah, inilah yang akan dicapai dulu, hihihi..
ReplyDeleteharap cikmat pulih dr marah2 jiwa kacau!saya silent reader yg amat meminati hasil kerja cikmat, terus memasak ye..
ReplyDeleteCikmat bukan sahaja pandai memasak tp pd pndgan saya amat presentable hidangannya,sbb itu org curik,hehehe
ReplyDeletekalau kat rumah saya masak lemak tauge ni wajib ada sambal gesek sekali selain ikan masin goreng.... lauk kegemaran arwah mak saya ni
ReplyDeleteMat... bak semangkuk lauk leh? Sambal udang dah ada. Sayur je dah abes...
ReplyDeletesalam CMG, nak tanya soklan cepumas..... Jgn marah ok. Selain CMG terror memasak, saya suka cara CMG amik gambar masakan.. Boleh tak ajar teknik nak amik gambar yg sgt cantik and nampak pro..... Betul2 interested nak belajar ni...... Pls reply :-)
ReplyDeletenina zurina
sedap2....faa suka mkn dgn sambal udang yg kecik2 tu...sebab ni lauk asrama..bila rindu kat asrama, makan r lauk camni...sedapnyaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteSuka menu nie. Simple yet delicious!
ReplyDelete