Mendung dan berangin, dan cuaca macam ni sedap juga kalau kita makan sup2 yang masam, beraroma, berperisa, pedas, hangat dan mendebarkan. Sebenarnya mat plan dari semalam. Ada baki ayan dalam peti sejuk, tak banyak dalam 4 keping dan mat kerat menjadi 8 bahagian. Sup ayam lengkuas agak mudah disediakan. Ia menggunakan santan dan asalnya bewarna putih. Ada juga sambal khas yang disekalikan, dan bila nak makan anda boleh mencampurkan sambal tadi dalam sup. Pernah mat buat dulu, tapi mat masukkan sekali sambal tu dalam sup. Kalau anda tak suka ayam, boleh saja ganti dengan makanan laut. Selalunya sup2 macam ni, harus ada rasa masam2 dan daun ketumbar adalah bahan penting. Kalau anda ingin mencuba, resipi seperti berikut..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
1200 ml air
350 ml santan pekat
1 biji bawang besar, belah 4*
3 helai daun limau purut*
2 batang serai, dititik*
40 gram lengkuas, hiris nipis*
1 pokok kecil daun ketumbar, potong kasar*
8 - 10 biji cili padi merah thai, diketuk*
8 biji cendawan butang, belah 2 setiap 1
3 - 4 kelopak kobis bulat, potong kasar
8 biji tomato ceri @ 1 biji tomato biasa belah 6
2 camca besar sambal khas (resipi dibawah)
Sos ikan secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
Garam jika perlu
BAHAN SAMBAL KHAS :-)
1 cawan cili kisar
6 - 7 camca besar sos ikan
1 camca besar gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Didihkan air dalam periuk, masukkan bahan2 bertanda (*), dan biar masak sekejap. Tambah ayam dan biar hingga ayam 1/2 empuk, masukkan cendawan butang. Masak sekejap. Tambah sos ikan secukup rasa dan tuang santan. Bila ayam empuk, masukkan kobis dan sambal khas tadi.Kacau rata.
- Tambah jus limau kasturi dan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Jika anda lebih suka pedas, boleh tambah sambal khas lagi. Hidangkan bersama mi, nasi atau dimakan begitu sahaja.....
- UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos ikan dan gula, kacau rata dan masak sekejap lagi. Matikan api dan sejukkan. Simpan untuk kegunaan kemudian...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ini mat masak sup tapi tak campurkan sambal dalam dia, mat campur bila nak makan. Tapi itu terpulang pada anda, boleh juga dicampurkan sekali macam resipi mat tulis di atas....
11 Comments
memang seksi seksi sekali!!
ReplyDeleteUiiiiii sungguhhhh tergoda saya..aduhaiii lapooo
ReplyDeleteUiiiiii sungguhhhh tergoda saya..aduhaiii lapooo
ReplyDeleteSedapnya..terliur di buatnya...
ReplyDeletesedap nyer... rasa nak terleleh air liur dibuatnya :)
ReplyDeletememula KC ingat Sup Tomyam tadi Cik Mat rupa2nya bukan. Good idea ni cik mat. Lauk dan sayur sume bersatu. 2 in 1.
ReplyDeleteIni celur bihun ke kueareow ke sodap gak CMG.
ReplyDeletememang sedap..saya makan sup gak hujan2 ni.. tapi sup VONO.. hehe..
ReplyDeleteSemenjak dua menjak CMG selalu perasan seksi..gara2 Iris ka..ekeke
ReplyDeletesedapppp...cam tom yam je
ReplyDeleteterase kesedapannye cik mat..cewahhh...berangin-rangin hott gitu kennn..:D
ReplyDelete