STRAWBERRY HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE.

rsz_hokaido_chiffoncake
Petang semua, sebab dah petang mat letak entri kek je lah. Yang lauk2 tu kemudian. Pernah makan hokkaido chiffon cake?. Mat perhatikan sedikit masa dulu, ramai blogger masakan yang buat. Dan blogger otai, MamaFami pernah bagi tau mat yang kek ni sedap, lembut dan.....errr, apa lagi eks..lupa dah, tapi kesimpulannya kek ni sedap. Teruja juga nak buat, tapi asyik tertangguh je. Hingga lah semalam mat singgah di blog 'Nasi Lemak Lover" di sini, ternampak strawberry hokkaido chiffon cupcake yang beliau buat, nampak sedap sangat dan hari ni mat buat. Dan nak tau tak apa rasa nya.....

rsz_hokaido_chiffon_cake1
....... Serius sedap banget, tapi had aku makan 1 biji sahaja ok....hehe. Satu lagi rasa kek dia very lite, tak manis. Dengan cream yang dipaip paksa dalam kek tersebut. Hmmm, sungguh sedap. Kalau ikut resipi asal, dia guna whipping cream, sebab mat takde, jadi ku bedal non-dairy whipping cream, cuma anda jangan putar sampai kental sangat, nanti susah nak paip dalam cupcake tadi. Sebab guna stoberi, mat campur juga puree stoberi dalam cream tadi. Lepas tu anda simpan dalam peti sejuk. Sesuai untuk minum petang atau majlis rasmi juga majlis kecil2lan. Jom kita lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHAN A :-)
3 kuning telur gred A
20 gram gula kastor
35 gm minyak jagung
60 ml susu segar
70 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum kalau takde)

BAHAN-BAHAN B :-)
3 putih telur gred A
25 gram gula kastor
Secubit garam (mat tambah)

BAHAN-BAHAN C :-)
65 gram whipping cream
15 gram gula kastor
45 gram puree stoberi segar

Buah stoberi segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan bekas untuk cupcake. Ketepikan. Dalam mangkuk bersih, satukan kuning telur dan gula kastor, kacau dengan whisk hingga sebati dan pucat. Masukkan susu segar, minyak jagung, kacau. Ayak tepung ke dalam bancuhan dan gaul hingga rata dan tidak berbintil2. Ketepikan sebentar.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan sederhana, masukkan gula kastor (25 gram) dan secubit garam. Putar hingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik, masukkan baki putih telur dan gaul rata.
  3. Tuang dalam bekas cupcake hingga hampir penuh (90%). Kemudian bakar 25 minit, gunakan rak tengah. Biar kek sejuk, dan boleh paipkan dengan whipping cream. Hias dengan stoberi segar. Simpan kek tadi dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..
  4. UNTUK WHIPPING CREAM :- Putar whipping cream dengan gula kastor hingga kental. Masukkan puree stoberi, gaul rata dan boleh gunakan (mat guna non-dairy whipping cream, sebab takde whipping cream). 

Post a Comment

9 Comments

  1. sedapnya tgk cupcake cik mat nii..comel mcm tuan dia..hehehe

    ReplyDelete
  2. kenapa yang 1 tu tak sama dengan yang lain pcm? kenapa dia jadi gitu? kenapa? kenapa? kenapaaaaaaaaaaaaaaa? hahahah

    ReplyDelete
  3. bila la nak menjadi hokkaido ccc nih

    ReplyDelete
  4. Salaam Mat, Saya ni new blogger, salam perkenalan.. tapi dah lama mengikuti your blog. dah juga saya cuba a few recipe, alhamdulillah menjadi.Terima kasih beri resepi yang benar dan tulus. Moga Allah beri balasan baik untuk Mat. Saya terkesima melihat hokkaido Chiffon Cake U tu.. Bilalah usaha saya nak merealisasakan kek tu dimeja rumah saya.. Insya ALLAH one fine day..

    ReplyDelete
  5. Nak tanya. Kek ni kalo letak dlm peti ais. Keras tak teksturnya?

    ReplyDelete
  6. MUST TRY resepi ni..MUST DO..hihi..da lama teringin sgt nk wat hokkaido chiffon cake ni..konpem ank dara sy suka.tp kl ada si kecil tu susahla sy nk bersilat kat dapur..hihi..apapun 1 day nnt sy akn buat jugak.minta izin copy resepi ek.

    ReplyDelete
  7. Salam..nak tanyalah..kenapa hokaido cake saya jadi padat kat bawah tapi atas gebu bila masak..selalu sangat jadi macam tu..kenape ye??

    ReplyDelete
  8. bru cuba buat semalam..tp xde puree stroberi...pasni bleh buat lgik..meme sgt sedap..ank n asben suka sgt..tq che mat..nt nk tepek kt blog sy yer che mat..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.