MAKARONI SUP DAGING.....BERASAPP!!!

rsz_dsc_1257
Makaroni pulak. Kali ni makan dengan sup daging...errrr, ni dalam kategori makanan tak berapa nak ringan lah kan. Selain makaroni anda boleh guna apa2 jenis pasta yang ada dipasaran yang pelbagai jenis rupa, bentuk dan gaya. Tapi makaroni lagi sedap kalau dimakan dengan sup, ini kerana ia ada lubang dan lebih cepat lembut, kuah sup mudah terserap. Kalau makan dengan sup ayam juga enak. Seperti biasa untuk sup daging ni mat masak seringkas yang boleh dan menggunakan sup bunjut ADABI yang khas untuk sup tulang. Satu lagi mat masak dalam periuk tekanan atau pressure cooker untuk lebih cepat daging empuk. Banyak kelebihan periuk tekanan ni, selain jimat masa dan gas. Ia juga dapat mengekalkan rasa asli makanan. Kalau nak rebus kacang hijau untuk bubur, hanya ambil masa tak sampai 5 minit (bergantung pada jenis periuk tekanan). Cuma kena berhati2 dan HARUS baca betul2 cara menggunakannya. Tapi kalau takde, anda tetap boleh memasaknya seperti biasa, cuma ambil masa lama sikit...

BAHAN-BAHAN SUP DAGING :-)
800 gram daging yang ada sedikit lemak
3 biji kentang
1 sup bunjut "sup tulang" Adabi
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
1 pokok kecil daun sup, potong kasar
1 camca besar bawang goreng
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 camca besar lada hitam biji

BAHAN SAMPINAN :-)
Makaroni secukupnya, direbus hingga lembut dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris, kemudian cuci dan toskan. Kentang dikupas, belah 8 setiap sebiji dan rendam. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, sup bunjut, daun sup, bawang goreng dan bahan bertanda (*). Gaul rata dan tuang air secukupnya. Kemudian masak hingga mendidih, kecilkan api.
  2. Renih hingga daging empuk. Masukkan kentang dan jika kurang kuah, tambah air lagi. Masak hingga kentang empuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan sup tadi bersama makaroni, tabur hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan sudukan sedikit sambal kicap sebelum dihidangkan. 

Post a Comment

12 Comments

  1. terkenang-kenang masa kecik2 dulu selalu mak Kak Sari masak macaroni sup macam ni, wallaaaaaa

    ReplyDelete
  2. sedapnya....dh lama x mkn makaroni sup...yummyyummy....

    ReplyDelete
  3. CMG kompem ke letak kunyit hidup dlm sup ni?

    ReplyDelete
  4. @ Linda - yep, kompom... tapi tu optional, nak kasi enhance sedikit warna sup tadi.

    ReplyDelete
  5. mmg nampak sedapla..tp adda xpernah lgi masak cmni..

    ReplyDelete
  6. Brand ape macaroni tu cik mat?

    ReplyDelete
  7. sedapnya resepi.... jemput juga ke blog cheezemaz.blogspot.com. Mana tau ada kawan2 nak beli serbuk cheese yang hasilnya macam sos cheese wedge KFC tapi dgn harga murah dipasaran.

    ReplyDelete
  8. sedapnya sedapnya...

    hehe macaroni ada lagi kat umah, daging pun ada....siappppp! malam nih boleh cuba resepi che mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.