LABU MANIS MASAK LEMAK...

rsz_dsc_1997
Salam Rabu....errr..betul kan ni hari Rabu?....haha, bahaya si mat tu, hari pun dia konpius. Hari ni mat masak labu, apa lagi kalau labu sah2 masak lemak, bonda memang suka masak macam tu dan kira laku lah kat rumah ni. Bila dah masak labu, kenalah ada ikan goreng atau ikan masin dan sambal belacan, satu hidangan ringkas dan cukup senang disediakan. Kalau kami di Johor, labu masak lemak biasanya akan dicampur dengan sedikit sayuran seperti kacang panjang/kacang buncis, pucuk manis atau daun turi. Sedikit lada hitam juga akan dimasukkan, ini kerana labu sejenis sayuran/buahan berunsur sejuk, jadi bila ada lada hitam, ia jadi seimbang. Selain dimasak sebagai lauk, labu juga sesuai dibuat kuih2 tradisonal, pengat, kek dan roti...pendek kata boleh dipelbagaikan mengikut kreativti masing2. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis saiz sederhana
10 tangkai kacang buncis
3 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dikupas kulitnya, buang biji kemudian dipotong kiub besar2 dan toskan. Kacang buncis dikerat pendek. Ketepikan.
  2. Masukkan labu ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering dan serai titik. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Bila labu lembut sedikit, masukkan kacang buncis, lada hitam tumbuk dan santan pekat.
  3. Tambah serbuk kunyit dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan hingga mendidih, masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin...

Post a Comment

2 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.