rsz_ikan_berlado
Petang ni mat letak pulak entri ikan tongkol goreng berlada yang begitu sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembik2 sedikit. Bagi mereka yang tak gemar ikan tongkol, boleh ganti dengan ikan lain atau udang, mat rasa ayam juga sesuai. Ni kira lauk yang begitu ringkas dan cepat. Cuma cili dia kena tumbuk hancur, kalau kisar takut halus sangat dan tak berapa nak menawan. Resipi macam ni tak menggunakan banyak bahan2. Sesuai juga digandingkan dengan masak lemak sawi putih macam entri sebelum ni. Mat guna seekor ikan tongkol bersaiz sederhana. Plan nak buat nasi dagang, tapi keadaan malas ku amat2 melampau, jadi korbankan jelah, kasi masak berlada macam kat atas tu. Dan satu lagi, menu macam ni, sesuai untuk orang bujang.....err..yang tak berapa nak bujang pun sesuai juga...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong sederhana tebal, cuci bersih dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan. Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.