SAMBAL GORENG PETAI.....

rsz_dsc_7906
Assalammualaikum, baru dapat bersiaran, pagi tadi pun cuma sekali lalu je on9, lepas tu off dan mulakan kerja2 rumah. Petang tadi ingat nak update blog, sekali tengok line internet "period", geramm juga, mood berkobar2 terus rasa sejuk. Maghrib tadi baru ok, ni pun tatau lah sampai bila. Mungkin pihak TM melakukan penyelenggaraan agaknya. Ntah lah, malas nak call tanya, sebab jawapan yang sama akan diberi "orang lain di kawasan encik pun hadapi masalah yang sama, kami akan baiki secepat mungkin"...hmmm, nak kata apa lagi, Ok jee lahh. Entri kali ni mat letak resipi sambal goreng petai dan ini bukan mat masak hari ni, tapi beberapa hari yang lepas, cuma boleh terlupa nak up di blog DTS. Jadi hari ni mat letak. Ada pelbagai versi sambal goreng, ada yang merah, yang berkicap dan yang putih biasa macam mat buat ni. Tapi mungkin teknik agak berbeza dari setiap orang, yang ni mat guna style mat sendiri masak sambal goreng. Ia juga salah satu pelengkap untuk nasi ambeng...Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi udang
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1/4 bahagian kobis, bulat, hiris halus
2 keping tempe, dadu dan goreng, toskan
2 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
1 keping fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
3 papan petai, ambil isinya
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, larutkan dalam 2 camca besar air
3 camca besar pati santan (optional)
1 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 keping hirisan lengkuas, dititik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili merah dan hijau hingga layu. Masukkan isi udang dan kacau rata. Masak hingga isi udang berubah warna. Masukkan belacan, kacau rata.
  2. Masukkan tauhu dan tempe goreng tadi, kacau dan tambah fucuk (toskan), tuang pati santan dan kacau rata. Masuk petai dan sedikit air. Masak sekejap hingga fucuk dan petai lembut.
  3. Tambah kacang panjang dan kobis, gaul dan masukkan soo hoon (toskan), kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (nak letak serbuk perasa pun ok). Masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat...

Post a Comment

6 Comments

  1. mula2 baca tajuk SAMBAL GRG PETAI...apa yg terlintas kat kepala otak ni sambal merah nu...tapi bukan rupa2nya...he he he...

    ReplyDelete
  2. rindunya nak makan sambal goreng petai ala2 cenggini

    ReplyDelete
  3. Mmmm... Sedap!!!
    Saya memang suka masakan camni nih ;)

    ReplyDelete
  4. hmm...banyak jgk version sambal goreng ni Cik Mat. saya tanya kawan2 yg Jawa, kata ada hati, pedal semua. ada jgk yg x letak santan.

    Original sambal goreng jawa yg mana satu ye Cik Mat

    ReplyDelete
  5. salam Che Mat,

    i pun bila tengok tajuk sambal goreng petai - terus terbayang sambal tumis petai...bila tengok gambar...la lain rupanya...

    menarik nih...tak pernah pun tahu petai boleh digoreng mcm nih :)

    thanks che mat

    ReplyDelete
  6. Auuuuu..sedap tu...tanpa nasi pun memang sedap dirata.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.