rsz_dsc_7490
Salam Syawal....err...ni dah berapa Syawal agaknya yea..kejap2..ooo 5 dah, maklumlah, hari2 menerima kunjungan tetamu yang tak putus, sampai lupa dah. Nak bertenet pun masa agak terhad, dalam diam2 rindu juga nak baca blog teman2. Berbalik cerita 4 Syawal semalam, pondok mat gebu menerima kunjungan Puan Nani Rositam, siapa dia tu?....Ooo tak kenal eks, kalau sebut Hanis Zalika, mesti kenal kan (hoo tak kenal juga, sila google yea)... Sebenarnya Puan Nani, bonda pada Hanis. Kebetulan kak nani merancang nak singgah ke pondok mat gebu sebelum dia pulang. Dengan berbesar hati pihak kami menerima dengan lapang dada...Tiada juadah yang istimewa, cuma sekadar masakan biasa2 dan kuih2 raya biasa yang macam pernah anda lihat dalam blog DTS. 

Dunia cyber ni banyak memberi kesan pada kita, kenalan di blog, walaupun setakat bertegur sapa, tapi bila berjumpa 4 mata, rasa kekok untuk bercerita dan bertukar2 idea langsung tiada, tapi itu mungkin mat, orang lain tak pasti. Lagi2lah macam kami yang punya minat sama, suka masak2, memang cukup rancak bercerita. Pada Kak Nani sekeluarga (anak2, menantu serta encik....err...macam mana boleh tak ingat nama "big boss"..grr....maafkan sayaaa), terima kasih (untuk buah tangan tu juga) dan ampon maaf dari Mat Gebu jika ada terkasar bahasa dalam sembang2 kita semalam. Saya akhiri dengan serangkap pantun...( ok lepas ni entri masak2 pulak..)

RUMAH LAMA BERDINDING PAPAN,
TIANGNYA PULA KAYU BERLIAN,
SERIBU KASIH MAT GEBU UCAPKAN,
SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN..