KUIH NAGASARI BINTI KUIH NAGABUANA...

rsz_dsc_6343
Salam semua, selesai sudah 11 Ramadhan, macam mana anda, sehat?...Sekarang ni keadaan cuaca pun agak kurang memuaskan. Tahun ni bulan puasa ramai yang mengalami masalah kesihatan biasa, seperti batuk, selsema dan sakit tekak, ada tu berlarutan hingga demam..bila dah demam tekanan darah pun naik sama, macam mat tu hari. Ni pun tekak rasa tak selesa, batuk. Hari ni atas permintaan Bak, kami (mat dan bonda) berganding bahu buat kuih nagasari. Mat buat bancuhan tepung dan bonda tukang balut, dia tak kuasa nak buat comel2, dia kata ni kali biar besar, orang makan cepat kenyang...huhu yoo lahh sebab besar letak nama kuih nagabuana, dah tolong tu pun terima kasih sangat2. Kalau orang Jawa, mereka memang suka kuih2 macam ni, dari mana dapat nama "nagasari" tu pun mat tak pasti. Tapi yang mat tau, kuih nagasari paling sedap guna pisang raja. Ia seakan2 kuih lepat. Adunan tepung seakan2 bubur som2, disalut dengan 1/2 bahagian pisang raja yang dibelah 2, kemudian dibalut dengan daun pisang dan dikukus. Kalau tanya mat rasa dia ok ke, sedap ke.....seriusss sedap, kecuali kalau anda tak reti makan pisang. Bau dia harum dan rasa lemak2 salutan tepung yang lembut tadi bila bergabung dengan rasa pisang raja yang manis2 masam, amat2 kena. Ada pelbagai versi orang buat nagasari, ada tu kukus dalam bekas saja, tapi kurang authenticlah, sebab keaslian rasa dari aroma daun pisang takde...waa..terpanjang pulak intro..hehe..Ok semak resipi dia dan resipi asal mat dapat di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung beras (mat guna tepung beras cap teratai)
5 cawan santan
2 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
Daun pisang secukupnya 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. Kemudian matikan api. Biar suam.
  2. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap
  3. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa....Selamat mencuba!!.

Post a Comment

20 Comments

  1. Ho! HO! HO! ini anak nagabuana datang sekali lagi hahahaa.. waduhhh TSCMG kemain lagi.. sedap tuuu... fav nih.. Kirim salam Kat Bak dan Mak ehh.. kita dulu pun panggil Arwah Ayah.. Bak.. huaaaaaaaaaaaaaaaa sekarang dah jadi anak yatim... rindu nak panggil Bak huaaaaaaaaaaaaaa *dah kenapa dok melalak aje* hehehe.. TSCMG nak jadi anak angkat bak boleh? tak payah angkat serius ni hehee... pstt jangan lupa alamatnya dongs... :)) macehhh

    ReplyDelete
  2. Kikikiku..

    Gelak besor ayu mmbacanya..
    Serius. Kat umah klu bt mmg besor2. Lps nie nk boh nama mcm mat gak.
    NagabuanA...
    Hahaaaaa.. Comellll

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CMG..

    Dah lama saya tak makan kuih ni..sejak pindah duduk Alor Setar..
    Agaknya org utara tak pernah buat kuih ni..depa buat pulut dakap...pulut di luar pisang di dlm..

    ReplyDelete
  4. Senyum sendiri akak baca title N3 CM....

    ReplyDelete
  5. TSCMG okay dah terima alamat tq so much... sebelum raya dah boleh bersanggul ahekzzz hehehe tq ekkkkkk

    ReplyDelete
  6. Cmg sedapnya kuih nie ...teringin pulak..hehe

    ReplyDelete
  7. pisang tu ganti nangka pun sedap gak

    ReplyDelete
  8. che mat..dh lama x mkn kuih nagasari tu...sejak arwah tok xde...
    thanks yek ari tu nyer resepi manggo lassi...3 kali lin buat dlm ms 3 ari..mmg sdp.

    ReplyDelete
  9. Ketawa terbelahak sekejap bila ternampak title nya. Suka sgt baca blog Che Mat masa ramadan. Terhibur dan byk idea buat jamuan iftar!

    ReplyDelete
  10. salam
    saya ada bebrap koleksi tea set dri german, polland dan czec.. kerana baru balik dari oversea. saya nak clearkan kotak yang banyak di rumah.. kalau berminat dengan set2 ni dan nak lihat gambarnya boleh email saya.. di azreeany@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Ya Allah menggoda jiwa sungguh..

    ReplyDelete
  12. CMG, sy ade amik beberapa resepi n gmbar utk koleksi masakan sy.bkn tjuan komersial. boleh kan?

    ReplyDelete
  13. Salam CMG, entri kali ni betul2 mengimbau kenangan..ni slh satu fav kuih..tapi klu arwah mbah je yg buat..klu owang lain buat cm xde umph..dlu time buat kuih ni..budak ni la yg sibuk 'tolong' godek2 n icip2 adunan tepung tu...huhuh..windu mbah....Al-fatihah buat mbah..

    ReplyDelete
  14. tgu resepi biskut raya abg mat ni..bila nk entry..

    ReplyDelete
  15. Hu hu hu...my favourite kuih...thank you for the recipe...tak sabar nak buat!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum cik mat, sy cuba resepi ikut sukatan ini jadi terlalu lembek tepungnya. Agak kecewa kerana ayah yang teringin nak makan
    ��

    ReplyDelete
  17. @Nelly Md Sah - Minta maaf cik/puan...che mat sendiri cuba dari resipi orang lain (seperti link yang diberikan dalam entri di atas tu), dan alhamdulillah menjadi. Adunan tepung tu tidaklah terlalu lembik dan masih boleh dibungkus untuk membuat kuih nagasri...Che mat pun kurang pasti di mana silapnya....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.