rsz_dsc_5082 

Tatau nak bagi nama apa ntah, main campak2 je. Biasalah kalau dah idea tu kering kontang macam beberapa hari ni, masak pun ikut jee lah apa yang ada, janji boleh masuk dalam itu mulut sudah lah. Tapi ok lah not bad, bahan2 pun guna apa yang ada. Spaghetti mat guna dalam 100 gram dan untuk sos tu mat guna baki daging yang buat mi bandung semalam dalam 80 gram. Mat saja tambah mushroom soup VONO, dalam 1 camca besar. Guna juga herba thyme dan lada hitam. Cari2 juga kot2 ada tomato dalam tin, hmm habis pulak. Mat kalau beli tomato dalam tin, pilih yang jenis plum tomato, kerana ia kurang masam dan lebih manis. Resipi mat main agak2 saja, jomm skodeng...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti, rebus hingga lembut atau rebus ikut arahan pada paket, simpan air rebusan
80 gram daging batang pinang, hiris kecil, cuci dan toskan
1 camca besar serbuk sup cendawan VONO
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar tomato pes
3 camca besar sos tomato
1/2 camca besar chili flakes
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 helai bay leaf
3/4 cawan air rebusan pasta
Sedikit herba thyme kering (kalau dapat yang segar lagi bagus)
Garam (mat tak letak) dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
Parutan keju parmesan, jika suka
Hirisan kucai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland, chili flakes dan bawang putih hingga layu, guna api sederhana. Masukka bay leaf dan tomato pes, tumis sekejap. Tambah sos tomato, kacau dan masukkan hirisan daging. Gaul rata dan masak hingga daging kecut.
  2. Tambah serbuk sup cendawan kacau dan tuang air. Kacau dan masak dengan api kecil. Masukkan herba thyme dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah garam (jika perlu) dan sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masam tomato.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Letak spaghetti dalam bekas sesuai. Tuang sos atasnya dan ratakan. Tabut parutan keji parmesan dan sedikit hirisan daun kucai. Kalau suka boleh drizzle kan sedikit extra virgin olive oil atasnya. Hidangkan..