SAMBAL TELUR PECAH DAN KANGKUNG BELACAN.

rsz_dsc_1535

Salam semua, entri ni patutnya pagi semalam mat keluarkan di blog, dan ini pun bukan baru mat masak, kira dah 2 hari punya, nasib baik lah nampak ok lagi (haha, dah dalam gambar, 50 tahun pun dok nampak ok juga...yea dak). Sambal telur tu kalau tak silap mat ada sekali gambar dia dalam entri yang ini. Yelah memang biasa, tapi kali ni mat buat yang sedikit kering dan pekat. Mat guna 4 biji telur gred B, kalau nak guna gred apa sekali pun semua ok, cuma mat suka guna telur gred kecil sedikit kerana kandungan air dalam telur tu kurang sedikit. Bila buat sambal telur ni teringat jiran aku sorang tu, dia suka sambal telur. Untuk sambal telur ni mat guna non-stick pan. Guna kuali biasa pun boleh, cuma guna api kecil, dan kalau nak cepat telur tu masak, tutup kuali dengan penutup kuali. Semua boleh buat sambal telur ni, senang jee....

rsz_dsc_1670
Lepas tu kita lihat pulak satu resipi yang mat rasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Macam2 mat dengar pasal cerita si kangkung ni, kata berhati2 lah, sebab ada benda2 asing yang memudaratkan kesihatan. Macam ni lah, kalau anda nak rasa lebih selamat, apa kata masak sendiri dirumah, dan siang kangkung tadi dengan lebih cermat, cuci dan toskan betul2. Kalau kita yang membuatnya, keyakinan itu lebih tinggi dan insya Allah nak makan pun rasa tak was2. Satu lagi, kangkung jenis sayur sejuk dan kata orang2 tua, tak berapa elok untuk mereka yang ada menghidapi sakit2 lenguh sendi. Dan kangkung kalau nak makan, kena hidangkan panas dan nikmatinya segera...erkk, rasa2 ok ke apa mat tulis tu, tunggang langgang tak?...takpe lah kan, janji anda faham...Ok kita semak resipi mudah sangat ni...

SAMBAL TELUR PECAH....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred B
2 senduk nasi cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis dengan api kecil hingga garing. Tuang jus asam jawa dan masukkan sedikit air, masak hingga pekat.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata. buat 4 lubang pada sambal tadi, pecahkan sebiji telur dalam setiap lubang tadi, masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kemudian perlahan2 gaulkan dengan sedikit sambal pada telur tadi. 
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan (jika suka) sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.

KANGKUNG GORENG BELACAN ....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ikat kangkung (kurang lebih 1 cekak untuk 1 ikat)
Sedikit ikan bilis yang digoreng garing
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa (atau garam)

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 inci belacan
Sedikit ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang berasingan batang dan daun kangkung, cuci bersih 1 - 2 kali dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan bawang besar hiris, masak hingga bawang layu. Masukkan sedikit air, kacau rata.
  2. Masukkan batang kangkung, gaul rata dan masak sekejap. Kemudian tambah daun kangkung, dan gaul rata2. Tambah sos ikan secukup rasa, masak pantas, rasa dan jika ok terus matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan tabur ikan bilis goreng. Hidangkan segera.

Post a Comment

5 Comments

  1. eee sambal telur pon nmpak sdp

    ape ni pcm haha

    ReplyDelete
  2. sambal telur oecah dan kangkung digandingkan dengan bubur untuk pesakit GIGI mcm ayu..

    peehhhhhhhhhh.. kompom esok baik

    ReplyDelete
  3. ohhhhh my oh my...GLUP! sambal telor kegemaran ku..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.