KERABU BUAH KUINI....ENTRI TERTINGGAL...

rsz_dsc_1942
Grrrr....bukan marah, cuma geram. Tadi mat ada buat kerabu buah kuini, jenis yang letak santan tu, kan selalu dah anda nampak di DTS. Ingat nak sekalikan dengan entri sebelum ni, tapi terlupa nak sertakan sekali dalam gambar. Jadi mat letak lah sebagai satu entri lagi..Takpe kann?..Sebenarnya bonda amat suka menu ini, atas permintaan (dan kalau tak minta pun mat tetap buat), mat buat lah tadi. Benda2 macam ni nampak ringkas tapi untuk mendapat rasa yang sedap dan "tulen", santan perlu segar, perah dari parutan kelapa dan perah guna air masak. Lada hitam pula kalau dapat beli jenis berkualiti (kalau beli cari lada hitam yang bulat2 bukan yang kecut2, walaupun secara amnya lada hitam memang ada sedikit kecut, tapi bukan yang kecut sampai lada tu jadi kecik). Ini akan mempengaruhi rasa. Belacan juga, kalau dapat belacan yang sedap, insya Allah semua akan menjadi dengan baik. Maklumlah tekak orang dulu2 ni, mereka "cepat" mengesan perubahan dalam makanan.. Ok, nampak senangkan, kalau nak cari resipi dalam entri2 lepas pun ada, takpe mat tulis lagi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji buah kuini yang masak ranum
1 biji bawang besar
1 3/4 cawan santan segar
1 camca besar lada hitam yang kualiti (mat guna lada hitam Sarawak)
1 inci belacan, dibakar hingga harum
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci buah kuini, kemudian kupas kulitnya, hiris lebar2 kemudia potong memanjang nipis2. Bawang besar dimayang halus. Satukan bersama hirisan buah kuini tadi dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, masukkan belacan bakar dan tumbuk lagi hingga rata. Alihkan ke dalam satu bekas. Tuang santan dan kacau rata hingga semua mesra. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau.
  3. Tuang bancuhan santan tadi ke dalam bekas berisi buah kuini dan bawang besar, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh hidangkan. Kalau tak habis simpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba....

Post a Comment

10 Comments

  1. Abg mat selalu kalau buah kuini.. buat sambal pencok.. atau colet dgn sambal belacan yg tuh saya pernah buat dan makan..kalau yg dah ranum..mmg potong terus ngap masuk mulut..kadang tuh buat kicap campur gula dan lada kecik.. tapi style gini belum pernah plak mencuba..teringin plak nak rasa..Nak tanya tersayang kita..pokok kuini rumah dia ader buah lagi tak..harus kubuat ini!!

    ReplyDelete
  2. ala kuinin tak ada...mangga adalah di rumah. nk tukar resepi dengan mangga agak2 jadinya sedap tak?

    ReplyDelete
  3. Serius,, tak pernah jumpa resepi ni, nmpk sedaplah Cik Mat

    ReplyDelete
  4. belum pernah rasa..nmpk sedap.bau pasti mengancam kan

    ReplyDelete
  5. pergh,sedpanya.huhu.dgn aroma kuini yg mmg sedap

    ReplyDelete
  6. Salam CMG Apa khabar? Ani dah lama tak makan kerabu buah kuini ni.. bertahun tahun rasanya..trima kasih sgt la ya atas perkongsian resepinya.. insyaallah ada buah kuini harus saya cuba.. ;)

    ReplyDelete
  7. okeh xpnh rasa kerabu kuini..kuini mkan begitu shja dah best!!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Sy dah cuba" sedap sgt2 mkn dgn nasi putih pns2.. pergh .. layannn

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.