ALA - ALA KAMPUNG...JEMPUT MAKAN SEMUA..

rsz_dsc_1503
Jemput makan, ala-ala kampung. Tapi kalau tengok memang betul kampung...yelah mat gebu kan dok kampung, keliling jiran2 pun cina2..yang melayu ada lah 2-3 kerat...tapi serius lah berjiran dengan cina bess ok, nak2 jiran cina tu dulu bekas anak2 murid big boss...iyea Pak Berahim dulu cekgu di sekolah cina, mengajar bahasa melayu ok, jadi bila Pak Berahim cakap cina, sebiji cina cokia, tapi bila cakap jawa..terserlah ke jawa annya...huhu. Nak mat jujur tak?...Elok lah kan kita jujur, kalau tipu macam tak bess pulak. Sebenarnya entri ini bukan mat masak ni hari, tapi semalam punya. Sebab semalam mat agak kesuntukkan masa, cuma sempat up kan entri maggi ala mi kolok sahaja, makanya entri yang ini mat letak hari ni, kira ok juga kan sebagai ilham bagi mana2 yang buntu. Jomm kita lihat apa mat gebu masak..

rsz_dsc_1532rsz_dsc_1507
Mula mat gebu masak lemak labu manis dengan kacang panjang, tu last batch nya kacang panjang dari pokok yang bonda tanam, dan lepas tu pokok dah mula mati. Sekurang2nya kita puas hari lah kan sebab sayur segar. Kebiasaannya kalau mat masak lemak labu, serai dan daun kunyit wajib ada. Satu lagi rencahnya mat guna udang kering, lada hitam sebagai pengimbang sebab labu ni sayur sejuk. Sedikit serbuk kunyit sebagai penyeri. Kalau dapat gunakan santan yang kita perah dari kelapa yang baru diparut. Yang sebelah tu, wajib ada jika anda masak lemak labu, sambal belacan mana boleh kita pisahkan dari kehidupan orang2 melayu (and peranakan also yeaa...). Kira kalau takda sambal belacan, hilang seri menu tu hari...


rsz_dsc_1518rsz_dsc_1510
Lepas tu kan, tiba2 mat gebu terajin pulak. Maka dia pun sempat juga membuat sambal telur pecah, tapi kali ni bukan jenis sambal meladung, ni jenis sambal yang agak kering. Mat masak guna non-stick pan yang agak dalam, bukan apa, senang sikit, tak lekat. Apa2 pun lepas anda pecahkan telur, kena mas dengan api kecil dan jika nak cepat, tutup permukaan pan atau kuali tadi dengan tudung periuk. Kalau anda nak kuning telur tu cair sedikit pun boleh, lagi sedap.. Kemudian mat goreng ikan masin tenggiri, yang ni kena ada, kalau tak bigboss atau Pak Berahim marah nanti...takutt ok, jadi sebelum dia bebel's kita kasi goreng siap2.


rsz_dsc_1506
Dan yang terakhir atas permintaan bonda ku, mat tumbukkan cili merah + cili padi dan secubit garam hingga lumat, lepas tu dimakan bersama durian. Hmm, orang2 Perak mesti makan kan benda2 macam ni, yea dak....cer tanya Broframestone, mesti dia makan. Kalau tanya mat, apa rasanya. Sedapp..cuma mat taklah makan, sebab kalau kita macam ni campur dengan lauk2 lain, nanti dah jadi rasa "aneh". Kalau nak makan satu2 lauk tu, makan yang tu saja atau gunakan lah timbang tara tekak anda nak makan yang mana dan nak gandingkan dengan yang mana. Kalau masak lemak labu, sambal belacan dan ikan masin, yang tu memang regu dia, kira tiga serangkai.. Oh yea..ada satu lagi ikan selar kuning goreng kunyit...tu saja lah...amacam meriah tak cerita mat gebu...Terima kasih...kita jumpa dalam entri lain pulak...Assalammualaikum...

Post a Comment

12 Comments

  1. sedapnya.ikan masin tu mmg buat rasa lapar la

    ReplyDelete
  2. kite mkn pasta je hari ni...sedapnyee.. eh durian tu kalau org negeri 9 dia buat campur santan dan dimakan dgn nasi dan lauk pauk lain...

    ReplyDelete
  3. erm...sedapnya..tak terkata tengok menu hari ni..

    ReplyDelete
  4. meriah semeriah lauk pauk cmg..menyelerakan...mmmm..duyan n sambal tu cam mkn tempoyak baru buat lah kan..;)

    ReplyDelete
  5. Sambal durian (tempoyak) tu yang paling sedap sekali..

    Meleleh air liur dibuatnya..

    ReplyDelete
  6. cuba abg mat gebu try buat masak lemak cili padi telur puyuh...walawweh...feberet habisss=D

    ReplyDelete
  7. anak jowo tp kuey iso ngomong jowo dak mat? kompom siji loro telu papat waie laaa... wakakakakaka

    ReplyDelete
  8. omboih sedak nya (bak kata org pahang) ..nak merasa sikit la.. :D

    ReplyDelete
  9. wahhh ada durian!! nak sambal tuu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.