KUEH BINGKA AMBON..

rsz_dsc_1550

Bingka Ambon..pernah dengar, mat kerap juga dengar tapi baru pertama kali ni buat. Bingka ambon berasal dari Medan Indonesia bukan dari Ambon. Ramai juga yang dah buat, tapi yang ni mat cuba dari satu buku masakan ni. Kalau tanya mat, sedap ke rasa bingka ambon ni?...Hmmm secara jujur ok lah not bad, Kalau ikutkan resipi dia bakar atas api dapur guna acuan tembaga, tapi mat bakar dalam oven. Lubang dia jadi tak berapa nak halus, tapi besar. Kuih ni kena tunggu sejuk baru dipotong, kalau masa panas, ia agak melekit. Selain perisa biasa (yang ni mat letak esen vanilla), ada juga yang tambah perisa pandan. Resipi mungkin tak sama antara satu sama lain. Lepas ni mat nak cuba resipi dari teman2 blogger masakan pulak...terutama blog Kak Ayu Singapore....nampak cun banget dehh bingka ambonnya... ehemm....

rsz_dsc_1572
Teknik membuatnya mudah, kalau ikut buku yang mat buat tu, mula2 kita buat "ibu" dia dan hingga ibu mengembang dan naik. Baru diadun dengan bahan2 lain. Dan kemudian adunan perlu diperap 1 - 2 jam (mat perap 1 1/2 jam). Lain kali nak bakar dalam acuan kueh boulu yang tembaga tu lah. Kalau tengok yang ori punya, lubang2 yang terhasil tu halus2 memanjang. Dan teksturenya kenyal2 sedikit. Apa2 pun kira berbaloi lah mencuba. Benda2 macam ni kalau tak cuba buat, kita tak tau macam mana hasilnya, jadi kena lah mencuba... Mat buat 1/2 dari resipi asal (seperti dalam buku). Dan mat tulis resipi yang mat buat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml santan kelapa
150 gram gula halus
3 helai daun pandan, disimpul
85 gram tepung sagu (sagu rumbia)
3 biji telur gred A, dipukul sedikit
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1/4 camca teh garam
Beberapa titik pewarna kuning makanan

BAHAN-BAHAN "IBU" :-)
15 gm instant yeast
25 gram tepung gandum
1 camca teh gula halus
60 ml air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK IBU :- Satukan semua bahan2 untuk ibu, kacau rata dan tutup bekas denga plastik dan biar sekejap hingga naik dan berbuih. Ketepikan.
  2. UNTUK KUEH BINGKA AMBON :- Satukan santan, daun pandan dan gula, masak atas api kecil hingga gula larut, tak perlu sampai mendidih, tapis dan sejukkan. Dalam mangkuk lain, satukan tepung sagu, telur, esen vanilla dan garam, kacau hingga semua rata. Tuang santan dan masukkan pewarna kuning makanan. Kacau hingga sebati. Tambah bahan "IBU" tadi dan gaul hingga sebati. Perap selama 2 jam (mat perap 1 1/2 jam sahaja).
  3. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Tuang bancuhan kueh bingka ambon dan bakar 25 - 30 minit hingga permukaannya kering dan perang. Kalau nak bakar guna acuan kueh boulu pun boleh....
  4. Cucuk dengan cake tester atau lidi sate bersih, jika keluar bersih tanda kueh dah masak. Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Tunggu betul2 sejuk baru dipotong. Hidangkan..

Post a Comment

9 Comments

  1. adeii..
    hantarla rumah kite buat buka pose..
    baru survey apa nak dibeli ke medan nekwik..ni ler kuihnyer..
    skali ada plak post entry kueh nihhh

    ReplyDelete
  2. akak dlm nak cuba nak cuba tak tercuba2 gara2 ada daun limau purut tu seteru suami akak.. hehe... mintak sepotong mat!

    ReplyDelete
  3. Betul2x..x cuba x tahu.. Takat buat koleksi resepi mana leh kenyang kan <-ckp kat diri sndiri.hee :-P

    ReplyDelete
  4. wah sedapnyer cik mat selalu makan yg bos bawa dari medan.. sedap tau

    ReplyDelete
  5. dah lama x makan kuih bingka.huhu

    ReplyDelete
  6. Rasa dia kenyal2 kan? Rasa macam pernah makan tapi entohlaa... Hehe.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.