MAGGI ALA MI KOLOK..

rsz_dsc_1477
Salam semua, hari ni lewat update blog, dan mungkin ini saja entri untuk hari ini. Sebenarnya mat masak hari ni, cuma masa tu agak ketat dan tidak berapa nak mengizinkan nak letak di blog. Faham2 sajalah, dunia blog masakan ni agak cerewet terutama gambar. Kalau buat review makanan tu lain lah. Apa2 pun berblog lah ikut kesesuaian dan minat kita. Entri kali ni mat buat maggi ala2 mi kolok. Apa tu mi kolok, ntah lah kan, nampak macam mi kering biasa saja dan rupa pun seakan2 maggi. Ni semua gara2 Ryo, dia saja tag2 mat kat FB tu hari. Aku ni pantang juga, orang tag2 benda makan, nak juga menerai, tak dapat the ori mi kolok, yang ada iras2 pun ok dah... Jadi kembar seiras yang paling hampir dengan si kolok ni mesti lah maggi. Mungkin mi kolok lebih kecil  teksturenya dan rasa dia ada beza sikit lah kan. Apa2 pun ia mudah dibuat dan sesuai untuk sarapan, terutama yang bujang2. Kalau tak berapa nak bujang pun boleh. Terima kasih lah Ryo Azhar sebab berjaya "menodai" pcm dengan mi kolok mu itu...Jomm, maggi ala mi kolok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 gulung mi kolok (mat guna 1 paket mi maggi, asingkan rencahnya atau boleh juga guna mi cintan atau egg noodle)
150 gram isi ayam
1 camca besar minyak jagung (mat guna minyak zaitun)
1 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
Sedikit garam (mat tak letak)
2 camca teh kicap manis (mat guna 1 camca teh)
1 camca teh serbuk pati ayam (mat guna 1/3 bahagian kiub pati ayam, hancurkan)
Air secukupnya
Hirisan daun bawang/daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daging ayam, untuk hiasan (optinal)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, toskan dan asingkan minyaknya. Ayam direbus hingga masak, angkat, toskan dan potong kecil. Dalam air rebusan ayam tadi, celur mi hingga lembut, angkat dan tos. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan minyak gorengan bawang tadi, pati ayam dan kicap manis. Kacau rata. Masukkan mi dan tambah bawang merah dan putih goreng dan isi ayam, gaul rata2. Rasa dan jika ok alih ke dalam pinggan sesuai (mat tak letak garam kerana rasanya dah ok).
  3. Hias dengan hirisan daun bawang/daun sup, cili merah, bawang goreng dan daging ayam yang direbus tadi. Hidangkan segera.......hmmm, nak cerita pun malas, kena cuba sediri ok..

Post a Comment

7 Comments

  1. salam CmG,wahh..ade mi kolok versi maggie pulak..pakai mee chintan pun blh jugak cik mat..kalu kat kch senang je nk dpt mi kolok ni..dh merantau ni kalau nk mkn kena lh buat sendiri..mi kolok grg sedappp..hehe..
    buat kite terluir pulak...:)

    ReplyDelete
  2. @ sury_masury - yep kalau mi cintan cm rasa lagi sesuai...

    ReplyDelete
  3. Tq mat kongsi resepi. To little time to cook sekerang. Hari tu cuba di miri mee kolok ni, mmg sedap dan rasa cam na makan lagi

    ReplyDelete
  4. @ mat joe - most welcome tuan....^___^

    ReplyDelete
  5. cuti2 pon mls nk msk

    xde krjinan cm pcm

    ReplyDelete
  6. cm: mi kolok mmg xda kuah ke? Sy penah beli di pasar malam, mee yg berkuah agk pekatn sedap, org jual tu kata namanya mi kolok.. Kena tipu ke, tp sedap rasanya..

    ReplyDelete
  7. TQ pcm..

    ahh tak kira tak kira.. esok buatkan bekal ke opis boleh?huuuuu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.