KEK BETIK @ PAPAYA CAKE...

rsz_dsc_6966

Petang semua, hujan sini, tapi laa ni berhenti dah. Hari ni nak share satu resipi yang mat dapat dari internet, tapi tu lah, semalam tak save pulak link tu, bila siap2 salin terus terus off dan tidur. Jadi terima kasih pada pemeneri resipi asal (tapi mat dah oter ikut kesesuaian bahan2 yang ada). Kebetulan semalam ada betik dalam peti sejuk, tu yang mat saja nak test buat, lagi pun dulu kat FB ada juga yang tanya resipi kek betik ada tak, hmmm mana ada kan, sebab tak pernah buat. Tapikan kek betik ni rasa dia macam kek mentega biasa sahaja, yelah betik mana ada rasa sangat. Nampak nipis kan kek tu, mat guna acuan bulat 8 inci, sebab adunan dia pun taklah banyak sangat. Kalau nak guna tin 4 segi pun boleh, nak guna bunt-pan pun cun juga....

rsz_dsc_6973
Resipi asal guna kismis, tapi takde stok, mat ganti dengan cranberries, yang tu kalau anda tak nak letak pun takpe, eh kalau nak letak coklat chip pun mat rasa orait jugak kan...cer anda cuba dulu, kalau ok bagi tau mat gebu yea. Secara keseluruhan kek ni sedap dan lembut. Mat tabur sedikit badam cincang atas kek tadi sebelum dibakar. Kek tu tak letak apa pewarna, tu warna semulajadi dari betik. Tadi kat FB ada gak yang ingat mat silap tulis kek "betik" (batik), tidak ini betul2 betik...bukan cobaaannnn. Ok kita lihat resipi pulak dan sebelum tu, anda blogger2 masakan jomm undi untuk blog masakan pilihan DTS di sini, yelah pada mat kalau kita nak bagi sokongan biar lah pada mereka yang rasa2 layak untuk kategori yang mereka sertai....dan di sini juga kalau sudi......Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram mentega
1 biji telur gred A, pukul sedikit
170 gram betik yang masak ranum*
3 camca besar susu segar*(*dikisar halus)
150 gram gula perang @ soft brown sugar
180 gram tepung gandum*
1 1/4 camca teh baking powder*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan dan ayak)
2 camca teh jus lemon
1 camca teh esen vanilla
1/3 cawan kismis
Badam cincang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
  3. Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata. Tuang dalam tin yang telah disiapkan, tabur dengan badam cincang rata2 dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Sebab mat guna tin bulat warna hitam, mat bakar guna suhu 160C, seperti macam pernah mat bagi tau dulu, tin kek warna hitam kadar penyerapan haba dia agak tinggi dan kuat, jadi suhu memang perlu diturunkan untuk mengelak kek jadi hangus tapi tidak masak dibahagian dalam. Kalau guna tin aluminIum biasa, anda boleh guna suhu seperti yang disyorkan.....Selamat mencuba!!..

Post a Comment

15 Comments

  1. CMG, betik tu betik yg masak ke? kalau yg muda?

    ReplyDelete
  2. sedapnya betik dijadikan kek. mesti rasa dia berbeza sikit setelah campur dgn telur, tepung kan

    ReplyDelete
  3. boleh try nnt Cik Mat,akak belum pernah buat guna papaya ni mesti best ni utk pembuangan sisa2 hehee

    ReplyDelete
  4. bagus gak resepi ni .. kalau tidak memang x beli papaya

    ReplyDelete
  5. very d creative gitu.... betik pun boleh jadi kek..

    ReplyDelete
  6. Salam en.mat...1st time sy jumpa kek betik nih...mmg kreatif betul lah en.mat nih...tu psl sy suke refer blog en.mat...thx a lot for sharing so many nice recipes...
    sy ni blogger baru nk belajar...nk mintak izin utk link blog en.mat kat blog sy...ini address blog sy.. http://watiroses.blogspot.com.au/
    kalo en.mat & rakan2 berkelapangan boleh lah singgah ke blog sy yg masih mentah...hehehe...

    thanks,
    Wati

    ReplyDelete
  7. salam,
    mat sentiasa berikan sokongan pada blog kkida yang seadanya itu...terima kasih banyak-banyak mat...:)

    ReplyDelete
  8. Hish budak si Mat ni.. lepas dia 'racun' kita dengan betik masak bening, ni dia suruh buat kek betik pulak... mmm nak ce terai cari benda lain la... hehehe.. ada haaaaati nak lawan tokey! Hahahaha....

    ReplyDelete
  9. Aik.. tadi dah komen, tak ada pulak dah... ish...

    Mama kata.. ko ni Mat, dahlah hari tu 'meracun' mama dengan betik masak bening, ni ko tonyohkan pulak dengan kek betik. Hmmm.. nak cari resepi betik lainlah.. ahahaha... ada haaati nak lawan tokey eh Mat? Sabor je la...

    ReplyDelete
  10. Satu kelainan...sure bestkan. Tak pernah makan kek betik lagi. Memang harus cuba ni...TQ cm share resepi² yang nyata tak terlintas kat fikiran saya...

    Saya suka betik masak bening...mesti kek ni pun sukakan...asal betik.

    ReplyDelete
  11. suka makan betik. tapi ni 1st time tau psl kek betik. hehe...

    Nak try la nanti. Terbyng2 mcmanala rasa kek betik ni

    ReplyDelete
  12. sedap ke ?betik jd kek?

    lain dr lain la

    ReplyDelete
  13. menarik resipi nie CMG... x perna lg buat kek betik.. InsyaAllah kalau ada betik nnt nak juga cuba... nampak sedap kek tu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.