ASAM PEDAS KEPALA IKAN....

rsz_dsc_0851
Salam Rabu, hari ni masak asam pedas lagi...atas permintaan dan kali ini guna kepala ikan, jenis ikan apa tu mat tak berapa pasti lah, tapi kalau tak silap kepala ikan jenahak kalau tak pun kepala ikan unga. Kali ni mat letak sawi jeruk. Yang tu kalau tak nak pun takpe, anda boleh ganti dengan terung, bendi atau tomato. Ikan segar memberi pengaruh besar pada masakan asam pedas kita selain rencah2 yang kita gunakan, pelbagai jenis ikan boleh digunakan, paling biasa ikan tenggiri, ikan kembong, ikan merah, ikan sembilang, ikan mayong dan juga ikan pari. Di Johor, asam pedas yang dicampur sawi jeruk boleh dikatakan agak biasa. Asam pedas juga menjadi salah satu hidangan utama orang2 Bugis ketika hari raya, dengar cerita mereka makan burasak dan lepat loi, dicicah dengan asam pedas ikan parang. Kita lihat resipi pulak, yang mat rasa2 dah terlalu kerap muncul di DTS ni, takpe.....yang ni baru masak tadi bukan tahun lepas punya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg kepala ikan jenahak atau ikan merah, dicuci bersih dan toskan
1 pokok sawi jeruk, hiris dan rendam
2 senduk nasi penuh cili kisar
3/4 cawan jus asam jawa
Beberapa biji tomato ceri (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan masak hingga sedikit garing. Tambah cili kisar dan terus memasak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan kepala ikan dan sawi jeruk (perah dulu). Kacau perlahan dan tambah jus asam jawa. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  3. Biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Tambah tomato ceri (jika guna), masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.... Selamat menjamu selera..

Post a Comment

11 Comments

  1. sedap nya cik mat akak minta mata ikan tu sedap nmpknya heee

    ReplyDelete
  2. Hehehe...memula baca ingatkan dlm bahan2 tu lletak 2 senduk nasi yg dikisar...ya ampun matapun tgh kero ni cikmat...gegege...alamak tk penah buat asam pedas letak sawi jeruk, tingin lah pulak...so disebabkan asam tu baru dimasak td dn kompehmmm bukan thn lepas punya, so saya vromm vromm ke Sedenak boleh ke cikmat?

    ReplyDelete
  3. salah satu feveret DT ni...
    selalu masak =)
    kepala ikan dia manis tu sedap.
    lapo.. puasa. hukhuk.

    http://sitiatikah.com

    ReplyDelete
  4. teringa asam pedas ikan merah mak, memang meletup, pedas dan pekat.. i love asam pedas johor.... lelagi amsakan mak...

    ReplyDelete
  5. suka sgt asam pedas ni,,nyumnyum,,,kedah punya stail simple je blender bwg ,cili ngan belacan yg pentg,,

    ReplyDelete
  6. Salam.. Cik Mat, kebetulan lauk kita samalah hari ni.. :)

    ReplyDelete
  7. bertambah kecur air liur akak nampak asam pedas ada sawi jeruk tu mat...

    ReplyDelete
  8. sedapnya :D! thanks for sharing ^^

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.