rsz_dsc_4232
Malam semua, jomm popcorn, tapi bukan lah beli kat the famous Garrets Popcorn tu, tapi ni dari dapur mat gebu..alah mat gebu tuuu, kenal tak?...Hoo tak kenal...erkk malunyaa aku..haha, takpelah, aiman tak kesah. Sebenarnya abah mat tu hari ada sebut2 popcorn, lepas tu masa pi MyDin tempoh hari nampak lahh dia ada jual jagung popcorn, apa lagi rembat lah 2 paket, paket kecik jee. Tapi jagung ni bila dan jadi popcorn, opkos jadi banyak. Kalau jenis tak leh makan manis2, boleh makan macam tu saja, kalau yang boleh, resipi yang mat buat ni sesuai. Tapi mat pun jamah sikit, takut you manis2, ai ni dah lah sweet sentiasa, kannn, muntah darah leer memasing baca. Yang ni mat buat pun try and error saja, takde resipi yang spesifik. Tapi ada jugalah study dari internet dan blog teman2. Cuma apa yang mat buat ni ikut style mat, jadi sapa2 yang dah biasa buat tu kalau ada cara lain bolehlah share. Ilmu kalau lokek tak kemana, bila mati kita rugi, ilmu pun sampai setakat tu saja. Ilmu yang bermanfaat lah yea bukan ilmu hitam..nauzubillah minzalik!!...Ok jommm kita semak resipi.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan jagung popcorn
1 camca besar mentega
2 1/2 camca besar minyak masak

BAHAN KARAMEL :-)
1/3 cawan gula pasir
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk bersaiz besar. Masukkan mentega dan biar mentega cair, kacau rata. Letak sebiji jagung popcorn, bila jagung tu kembang, tu tanda dah ok. Masukkan kesemua jagung popcorn, kacau rata dan tutup periuk. Gocang perlahan dan nanti anda akan dengar bunyi jagung meletup2 dalam periuk anda. Sambil tu goyang2kan periuk (tapi jangan bukak tudung dia!!). Biar hingga senyap, bukak tudung periuk dan tuang popcorn dalam bekas lain. Ketepikan sekejap.
  2. Sediakan kuali, masukkan gula pasir, dan masak dengan api kecil hingga gula mencair, kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata hingga karamel bertukar perang. Masukkan popcorn dan gaul hingga rata. Guna api kecil.
  3. Bila karamel dah bersalut pada keseluruhan popcorn, matikan api dan alih ke dalam loyang. Ratakan dan biar sejuk. Kemudian lerai2kan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Bolehlah makan pada bila2 masa anda suka, masa ngadap TV pun sesuai, masa gossip bawah pokok ceri pun sesuai. Cuma kalau kandungan gula dalam darah anda tinggi, sah memang tak sesuai...Selamat mencuba!!..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak makan mentega, anda boleh guna marjerin, dan teknik pun sama, tapi marjerin rasa sedikit masin dan bau wangi tidak lah sehebat bau mentega... (^__*)