rsz_dsc_2520
Assalammualaikum, malam baru dapat bersiaran. Sebelum bercerita pasal resipi terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih atas kunjungan ukwah dari teman2 blogger. Syukur alhamdulillah atas ingatan anda semua, yelah, mat gebu bukan macam blogger2 lain, dia tu lebih memencilkan diri dan agak underground tapi tidaklah menolak kehadiran mereka2 yang sudi. Hari ini mat menerima kehadiran blogger Sis Linn dan anak beliau Amat, Sue Joshua, suami dan anak beliau dan juga En Azman dan isteri Puan Azlinda. Terima kasih...tu saja yang dapat mat gebu ucapkan dan minta maaf jika terkasar bahasa. Semalam pun mat menerima kehadiran tetamu, 2 hari lepas juga dan insya Allah esok ada lagi. Ok, jom kita bercerita pasal bingka suji warisan pulak...tapi bukan sini.....di bawah......

rsz_dsc_2550
Tempoh hari mat menerima kiriman email dari sesorang ni, dan dia dulu kenalan blog mat. Dalam email tersebut dia ada sertakan satu resipi bingka suji warisan dari arwah bonda beliau (al-fatihah) yang berasal dari Peserai Baru, Batu Pahat Johor dan arwah berniaga kuih ni dulu. Dari resipi warisan ini terkubur begitu saja, baik mat cuba dan letak di blog DTS, sekurang2nya boleh memberi manfaat pada orang lain. Serius sedap bingka suji ni, walaupun tidak menggunakan santan kelapa, dan diganti dengan susu, ia tetap mengekalkan rasa kuih bingka. Pada beliau terima kasih dan moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh bonda beliau......Ok kita lihat resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram suji @ semolina
140 gram gula halus
125 gram susu cair carnation (mat guna susu sejat Ideal)
100 gram susu pekat manis
80 gram tepung gandum
575 ml air
1 camca teh pewarna makanan lemon yellow
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
1/4 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
125 gram mentega
Bijan untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin 4 segi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti. Lenser juga aluminium foil tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur. Tuang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata. Tuang susu cair, air dan tambah pewarna lemon yellow. Kacau hingga sebati. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
  3. Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat. Padamkan api. Masukkan mentega dan esen vanilla. Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
  4. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata2 atasnya. Kalau nak tabur sedikit bijan hitam macam mat buat tu pun boleh. Bakar selama 45 - 50 minit. Kemudian bakar 5 - 7 minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi. Biar kuih betul2 sejuk, baru potong dan hidangkan..