GULAI PISANG MASAK BERSERAI..

rsz_dsc_2671
Salam siang, assalamualaikum. Dah siap masak?.. Ni hari ada gulai pisang masak berserai di rumah mat gebu....Pisang masak?....apa tu?.. Sebenarnya pisang tu belum lah masak sangat, masih mengkal tapi isi dia sudah mula kekuningan. Saja je mat masak gulai, campur dengan serai, tulang ikan masin kurau dan cendawan terkukur atau ada yang panggil kulat sisir. Cendawan tu ada sikit saja kurang lebih 1 genggam, bukan beli tapi abang mat kutip. Kebiasaannya di kawasan ladang2 getah cendawan terkukur ini akan tumbuh didahan2 getah yang mati. Tetapi sekarang ia agak sukar untuk didapati, kebanyakkan ladang2 getah telah diganti dengan ladang kelapa sawit. Cendawan perlu dibersihkan, kemudian rendam hingga kembang, cuci dan perah. Lepas tu tumbuk sedikit tapi bukan lah sampai hancur lumat, cuma kasi memar2kan sahaja. Aroma cendawan terkukur cukup sedap, lagi2 kalau dimasak gulai seperti di atas. Resipi seperti di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang lemak manis yang mengkal (atau yang muda pun ok)
1 genggam cendawan terkukur atau kulat sisir, rendam hingga kembang
5 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam
4 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
25 biji cili padi kampung hujau (boleh kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang lemak manis yang masih mengkal tadi buang sedikit kulit luarnya, kerat serong setiap biji (4 keratan setiap sebiji) dan rendam. Buat hingga siap. Kemudian rebus dalam air mendidih selama 2 - 3 minit, toskan. Cendawan tekukur, ditoskan, perah dan tumbuk sedikit tapi jangan hancur, cukup dia pecah2 sahaja.
  2. Masukkan tulang ikan kurau, serai titik, cendawan tekukur dan juga bahan kisar halus ke dalam periuk, kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan pisang dan asam gelugor. Jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Kacau rata dan tambah pati santan. Masak dengan api kecil.
  3. Biar mendidih dan kacau selalu. Perasakan dengan garam (jika perlu, tapi mat tak letak garam sebab dah tulang ikan kurau tu masin) dan sedikit gula, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...
GULAI PISANG MASAK BERSERAI.. GULAI PISANG MASAK BERSERAI.. Reviewed by Mat Gebu on 4/09/2012 01:00:00 PM Rating: 5

8 comments:

  1. salam mat:)

    sedapnye..sy mmg suka mkn gulai pisang ni.tp nk membuatnya mls sbb en.suami x suka..x kan nk mkn sorang2 kan

    ReplyDelete
  2. Kat rumah saya ada seplastik cendawan tekukur ni Cik Mat, aiiii... entah bila nak masaknya, kecur lak tengok gulai kampung Cik Mat ni...

    ReplyDelete
  3. Salam

    Mama memang suka mkn pisang stail ni, sedapnya ,lama tak rasa!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cik mat...wah sedapnya masak lemak pisang ni makan plak ngan sambal belacan,ikan masin pehh mmg sedapnya....:)

    ReplyDelete
  5. nyum2\teringat opah kat kg
    suke masak ni
    mkn dgn ikan gorg plak
    aduhai
    sedap

    ReplyDelete
  6. kalau lauk pisang muda mcm ni, akak suka ratah2 je...abes semangkuk..tambah lagi semangkuk...makan dok depan tv..asyik gitewwww...he3 teruk betul mak budak sorang ni.

    ReplyDelete
  7. sedapnyer...kegemaran saya lauk pauk kampung ni

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.