Semangat!!!....aduhh rasa lenguh tul betis ni ari, nasib baik bukan jejari yang lenguh, kalau tak, nak menaip entri pun susah. Hari ni menerima tetamu, bukan tetamu jauh, tapi dekat dan dikalangan saudara mara kami juga. Saja lah buat kek sarang semut untuk minum2 petang....Nanti2...tu kek sarang lebah kan?. Pesal jadi sarang semut pulak? Sebab nya lelobang yang terhasil agak kecomelan di situ, maka lebah reject, dia kata tak muat nak masuk, jadi semut dengan senang hati terima dan secara tak langsung jadilah sarang semua. Boleh merepek macam tu, sesuai tak?...Belasah jelah. Resipi ni pernah mat buat dulu, tak kesah lah jadi lobang besar ke, kecik ke, janji sedap dimakan dan kira tetamu yang makan takde lah komplen, depa diam semacam je, kata sedap adalah!!....awwww....pengsaan ok!! >____<
Resipi asal dari Chef Noraini. Kali ni mat buat gula hangus dia tak berapa gelap, bukan apa, kalau gelap sikit kek memang nampak lawa, cuma budak2 takmo sangat pahit kata mereka. Jadi kali ni mat buat kurang gelap sikit dan lebih ke coklat keperangan sahaja. Kalau yang pakar tengok, mereka kata kurang menjadi, hmm, tak kesah lah mat pun malas dah nak fikir, buat saja, janji orang yang makan kata ok, sudah lahhh. Kek macam ni dia sedikit kenyal dan itu yang membuatkannya enak. Kalau produk terakhir, ia menjadi seakan2 sponge cake, tu tanda kurang menjadi. Setidak2nya dia ada jaluran lubang bila kek dibelah, baru lah jadi. Resipi seperti dibawah....
BAHAN UNTUK KARAMEL :-)
250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega atau majerin
BAHAN UNTUK KEK :-)
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula cair, kacau dan terus memasak hingga gula bertukar menjadi karamel, pastikan tidak hangus, nanti kek jadi pahit. Berhati2 masukkan air, kacau dan biar mendidih hingga sebati. Masukkan mentega dan biar mentega cair. Kacau rata dan sejukkan, kemudian tapis. Ketepikan.
- Putar telur hingga sebati, masukkan susu pekat manis dan terus memutar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Tambah karamel tadi dan putar sebati.
- Lenser tin berlubang tengan, kemudian tabur tepung pada keseluruan bahagian dalam tin. Ketuk keluar lebihan tepung. Tuang adunan kek tadi dan biar 30 minit. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 45minit hingga 1 jam. Sejukkan kek sebelum dipotong. Hidangkan...
10 Comments
bila sarang tak byk kita selalu kata tak jadi..padahal lembut dan sedap je kan cik mat.janji sodap dah ler..yg mkn tak komplain pun kan.saya sgt suka kek ni sbb tak muak
ReplyDeleteSalam Mat,
ReplyDeletekalau sy jd tetamu mat pun sy senyap jek sambil menikmati hidangan yg sungguh mengancam itu!..adehh...mau pengsann daku!... :D
huhu suka makan kek ni......tapi jarang buat, nanti cuti balik umah nak buat lah, lama tak makan...
ReplyDeleteakak ambik resipi ni ya mat..rasa mcm nk mkn kek ni plak..
ReplyDeletemy favourite nih! last makan masa balik JB haritu. Mak ngah buatkan.huhu. lepas ni nak try buat sendirila..:)
ReplyDeletekena cuba ni...
ReplyDeletesedapnyaaa....teringin nk mencuba
ReplyDeleteAssalam CMG....wah sedapnya...dah lama Akak tak buat..rasa macam dah hilang skill dah ni!
ReplyDeletewahh bestnya..lama tak buat kek nie..hehehe..dan lama juga tak membaking ni..windu ooo..
ReplyDeletenak tanya..saya tak faham ni->> "Lenser tin berlubang tengan, kemudian tabur tepung pada keseluruan bahagian dalam tin. Ketuk keluar lebihan tepung."
ReplyDeleteapa maksudnya? maaf sy baru belajar..untuk apa sebenarnya?