SAMBAL IKAN SELAR KUNING..

sambal ikan selar
Sambal lagi...hehe, sori lah, no idea sudah, dah nak monopos, jadi masukkan saja apa yang dimasak. Entri sambal udang yang lepas tu mat buat 2 hari lepas. Kalau yang ini, buat siang tadi. Saja lah buat sebab rasa macam boring asyik2 ikan goreng. Kalau guna ikan kembong bes juga, tapi ada permintaan kat rumah nak sambal ikan selar kuning. Cuma ikan tu anda jangan goreng garing sangat, nanti keras. Satu lagi isi ikan selar kuning ni tak banyak. Tapi kan, kalau selalu kita dah makan ikan besar, dan bila makan ikan kecil, ada bezanya. Terutama dari segi rasa. Untuk membuatnya amat mudah. Kalau ada ikan2 semalam yang tak habis pun anda boleh modifey jadi kan sambal. Bagi yang tak suka ikan kecil, nak guna ikan tongkol atau tenggiri pun takde masalah dan lebih selamat dimakan terutama oleh kanak2 (dan ada gak bapak kanak2 yang tak suka ikan banyak tulang...erkk..siapa tu.. ada lahh). Rasanya kalau tak tulis resipi pun semua dah tau nak buat...betul tak?...Erkkk ada yang tak tatau ke?...Ok..ok..resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor ikan selar kuning, disiang dan cuci bersih*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun kucai untuk hiasan (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Sedikit kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap2 sedikit. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Masukkan jus asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila pekat, masukkan bawang besar dan ikan goreng. Gaul rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun kucai sebelum dihidangkan..

Post a Comment

8 Comments

  1. As salam Mat...

    Harini masak pedas sehari ke Mat? Tp klu 2 menu ko hrni, aku lebih suka yg sambal 'bau' tu..hehehhee

    Lama sudah x masak ikan selar kuning sambal mcm nie...tp musim panas, tekak x moh makan pedas..huhuhuhu

    Kalau boleh nak eskremmmmmmmmm!

    ReplyDelete
  2. betullah Che Mat, sesekali layan ikan kecik2 ni sodap gak...teringat dulu2....lauk ikan dah kira bagus sangat...kalau tak, asyik ngendap kat reban je tngk ayam dah bertelur ke belum..pastu boleh goreng telurnya..wakakakaka....

    ReplyDelete
  3. sambal. sambal.. kid tak makan pedas sangat... :)

    ReplyDelete
  4. Hai. Ada dijemput sertai komuniti blogger kami www.bloggerpower.tk

    ReplyDelete
  5. asalkan namanya sambal, sodap..

    ReplyDelete
  6. Air tgn CMG ni mmg class...lauk yg monopos camni pon sudah menggoda jiwa raga ku...

    ReplyDelete
  7. mmang terbaek...rugi klau tak cube..huhux

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.