GULAI TERUNG PIPIT..

Gulai Terung Pipit
Ini typical masakan kampung, kira kerap mat masak dan masukkan ke DTS. Kita ni dok dengan mak ayah, jadi memasak juga kena ikut apa yang mereka nak atau suka makan..betul tak?. Macam abah mat ni suka bawak balik bahan2 mentah dari kebun. Terung pipit selain dimasak gulai, dibuat sambal tumis atau dimasak dengan ikan bilis tamban, boleh juga dibuat ulam. Kalau anda perhatikan, dalam masakan Thai, mereka ada menggunakan terung pipit untuk kari hijau. Pokoknya tumbuh meliar ditepi2 jalan atau belukar. Jika hendak memetiknya, anda perlu berhati2, kerana pokoknya berduri. Gaya memasak terpulang pada anda, samada merebus terlebih dahulu atau boleh juga dimasak terus, cuma kalau masak terus, anda perlu merenih terung tadi dengan kuah hingga dia lembut. Untuk kali ni mat guna ikan kembong rebus...hmm ada orang kata ikan tu "makruh" dimakan yea?.... Resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit, cuci dan rebus 1/2 empuk, toskan
3 ekor ikan kembong rebus, buang perut dan cuci bersih, toskan
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3-4 biji cili merah
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan terung pipit. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau. Bila mendidih, masukkan asam gelugor dan masak hingga terung empuk.
  2. Tambah ikan kembong rebus, masukkan pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau perlahan. Akhir sekali tambah daun kunyit, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan....

Post a Comment

9 Comments

  1. Saam Mat...klu dok kat kg mmg masakan camni yg menambat selera & bahan2nya mudah didapati disekeliling kita.
    Arwah mak dulu pon suka masak resepi camni gak..rindunyaaaaa

    ReplyDelete
  2. As salam Mat...

    Sedapnya....kt sini susahnya nk cr terung pipit tu Mat..huhuhu
    Klu dpt gigit tu terung, mesti meletop kan..ermmmm sedapppppp.....

    ReplyDelete
  3. cikwan tak pernah makan terung pipit tu..tak tau macam mana rasa dia..betul kan terung pipit tu yang buat peluru lastik tu kan PCM?hihihih...mase kecik2 selalu main.

    ReplyDelete
  4. sebab dari jauh ter intai2 gambar masakkan ni..akhir nya ter click tuk blogwalking sini..hmm sedapp nya..jd lapar ni!!


    huhu
    Terima kasih, kerana membuat sy lapar.

    ReplyDelete
  5. Nape makruh cikmat? Mkn smpai x hengat donia kot...sambal terung pipit pun mmg bestest kan cm?

    ReplyDelete
  6. sedap nye terung pipit, lagi2 kalau buat gulai camni. pergghh..

    ReplyDelete
  7. sedap nye terung pipit, lagi2 kalau buat gulai camni. pergghh..

    ReplyDelete
  8. dtg sini bw pinggan ngan nasi..tumpang lauk ye cik mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.