GRILL CHICKEN SANDWICH...

rsz_dsc_1213
Malam semua, entri terakhir Jumaat saja nak share benda2 ringkas dan mudah. Bila mat letak n3 macam ni pada waktu malam, sekurang2nya sampai esok pagi ia masih releven, boleh juga buat untuk sarapan pagi. Untuk resipi mudah ini mat guna roti arab...erkk arab lagi..hehe, dan mat guna daging ayam bahagian dada yang di hiris sederhana tebal, tanpa tulang, diperap 1 - 2 jam dan dipanggang dalam kuali ajaib, kalau guna kuali tu cepat, 10 minit dah siap, daging ayam tu pun moist dan lemmmbuttt jee...awww...hahaha. Seperti biasa, sandwich mar guna sayur2 mentah tapi cuma timun habis, dah guna buat pencok pagi tadi. Takpe, mat ada stok jeruk gherkin, pun sedap. Untuk sos, mat guna sos seribu pulau. Yang tu terpulang pada anda nak guna apa2 saja sos kegemaran. Sebiji ni boleh makan dua orang, tapi kan kata lah anda lapar tahap naga tasik chini, sorang pun boleh habisss beb!!...penggsann (>__<).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji roti arab
1 keping dada ayam, dikelar2
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca teh lada hitam*
1/2 camca teh herba rosemary kering*(*ditumbuk hingga halus)
Sedikit madu
Garam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
Sos kegemaran (mat guna sos seribu pulau @ thousand island)

BAHAN-BAHAN SAYUR :-)
4 - 5 kelopak salad (mat guna salad butterhead)
5 keping hirisan tomato
Sedikit hirisan bawang besar
3 keping hirisan capsicum merah
3 keping hirisan capsicum kuning
2 biji jeruk gherkin, hiris nipis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sapu sedikit minyak zaitun pada roti, kemudian panggang dalam kuali hingga perang, angkat dan ketepikan. Dada ayam digaul bersama bahan tumbuk halus, madu dan sedikit garam atau secukup rasa. Perap 1 - 2 jam.
  2. Panaskan non-stick pan, panggang ayam tadi hingga masak, sapu jus2 bahan perapan masa memanggang. Bila masak, sejukkan.
  3. Ambil sekeping roti (bahagian bawah), susun daun salad, hirisan bawang, hirisan tomato, capsicum merah dan kuning dan juga hirisan jeruk gherkin. Susun kepingan daging ayam yang telah dipanggang tadi. Paipkan sos, tutup dengan bahagian atas roti dan boleh hidangkan....Selamat mencuba!

Post a Comment

11 Comments

  1. makan malam ni esok pagi kita skip breakfast, hehehe

    ReplyDelete
  2. @ sari yusa - cobaaaannnnnn...huhu..

    ReplyDelete
  3. wow!! tasty n super duper delicious =)

    ReplyDelete
  4. tgah menggeledah peti ais~ boleh buat ini utk piknik esok...TQSM CMG!!!!

    ReplyDelete
  5. Slm CMG...aduhhh meleleh air liur tgk,sama mcm melelehnya cik mayo tue..hehe...:))

    ReplyDelete
  6. Menggodaaaa betul ler tgk sandwich tu cmg...

    ReplyDelete
  7. Salam En. Mat,

    I like....

    Owh ya, kuali ajaib tu yang mana? Ada gambar tak? Sorryler, mungkin terlepas entri pasal kuali tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Salam Mat..

    Jap2..yg ni ko guna panggang kuali ajaib tu ke?

    ReplyDelete
  9. Sedap pulak dengar sos seribu pulau.. Comel aje dgr. Part en.mat letak jeruk 2 sy sgt cemburu. Mst sdpppp

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.