sambal terung1
Salam semua.....hari ni nak berkongsi menu2 ringkas sahaja. Mat malas masak dah sejak2 ni. Tapi kan semalam, mat digoda okeh...Haha tak rela je bunyi diakan. Sapa lagi itu Kek Jee atau Fauziah Abdul Samad lah yang menggoda. Perghh!!, terus jadi isu panas kang..releks dan bersabar...Kak Jee goda dengan Terung Berlado Udang Kering kat sini. Serius memang nampak sedap dan memang sedap pun...makan nasi panas dengan lauk ni saja, lepas tu ada ikan goreng, ada ulam petai pulak...kena hari hujan cuaca dingin sedingin lavender...memang boleh pengsannn >___<, serius ni, tak caya buat nanti. Mat guna terung biru panjang tu dalam sebiji je, sebab saiz dia agak besar. Kalau guna terung bulat pun sedap juga. Yang istimewanyakan sebab ada udang kering yang digoreng garing dan ditumbuk kasar. Kemudian ditabur atas sambal terung tadi.....meleleh kannn?, haha, apa lagi test lah buat.. Resipi seperti dibawah...senang sangat!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung panjang biru
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
20 biji cili padi*(*ditumbuk lumat, tapi jangan halus sangat)
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Segenggam udang kering, rendam 10 minit dan tos, perah dan ketepikan
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat kepada 4 - 5 bahagian (bergantung pada saiz terung), kemudian belah 4 untuk setiap keratan. Rendam dalam air bergaram. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan (mat guna minyak zaitun). Kemudian goreng terung tadi kasi dia layu (toskan dulu). Alih dalam bekas. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering tadi hingga garing, angkat, tos dan biar sejuk, kemudian tumbuk hingga hancur. Ketepikan. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum dan garing, guna api sederhana. Perasankan dengan garam dan gula secukupnya, kacau lagi dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan terung, gaul hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur udang kering tumbuk atas sambal tadi dan tabur juga hirisan daun bawang sebagai hiasan,jika suka. Hidangkan bersama nasi hangat....