TELUR MATA LEMBU BERKICAP..

rsz_dsc_4525
Malam semua..sebelum tidur nak letak entri terakhir, tapi entri yang mudah2 saja. Kira sesuai untuk semua, nak buat senang, cepat dan anak2 pun suka menu macam ni. Telur mata lembu berkicap seakan2 telur masak kicap tapi lebih kering. Telur tu mat goreng dalam non-stick pan dan kuningnya dibiar 1/2 masak, tapi itu ikut selera masing2, nak kuning tu keras pun ok. Satu lagikan mat masak satu bahagian saja, tak terbalikkan. Kalau anda suka berkuah, takde masalah, tuang je air. Kebiasaannya, masak macam ni, kami akan letak sedikit soo hoon. Sedap dimakan bersama nasi putih panas yang dimasak sedikit lembut, atau bersama bubur nasi juga sesuai. Ok, habis dah idea nak tulis apa, jadi mat tulis resipi sekarang..Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili merah, hiris
1 batang leek. kerat pendek dan rendam
1/2 cekak suu hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata lembu sebiji demi sebiji dan pastikan merahnya 1/2 masak (atau masak sepenuhnya, terpulang pada anda). Susun dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga harum. Masukkan leek(toskan) dan sos tiram, kacau rata dan tambah air bersama kicap manis. Kacau rata
  3. Masukkan suu hoon dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok matikan api. Tuang atas telur mata lembu tadi dan tabur dengan hirisan daun bawang. Hidangkan panas2 bersama nasi putih atau bubur nasi.

Post a Comment

20 Comments

  1. err..comel je mata lembu tu... =)

    ReplyDelete
  2. Itu kurang kicap tu, klu anak aku dh hitam dah tu dia srh tuang..huhuhu

    ReplyDelete
  3. yes...
    kerana telur kicaplah ayu teris sayang cik mat.. hahahha
    ingat ayu minta cik mat buat entry masak yang cikai2...
    hah!!!!!!!
    telur kicaplah yang cik mat tayang, tapi tetap mengugat..

    cik mat.. moga sehajtera selalu

    ReplyDelete
  4. wahhhh terbukak blog cik mat plak tengah2 malam ni hehe.....perghhhh sedapnya makan ngan nasi panas2 mcm tu je....feveret sy ni...

    ReplyDelete
  5. err leek tu ape ek?
    tataw kena la brtanya kan?hehe

    ReplyDelete
  6. emmmmmmmmmmmmmm sedap nye .....nyum nyum.simple tu la yg sedap ........slurpppppppp

    ReplyDelete
  7. Senang dan sedappp.. suker! suker!

    ReplyDelete
  8. Salam semua, boleh juga lawat blog saya di http://cooking-engineer.blogspot.com/ boleh share resipi bersama.

    ReplyDelete
  9. lauk faveret masa sekolah dulu, sampai beranak pinak pun bg ank mkn mcm ni hehe.. sng cepat dan sedap!

    ReplyDelete
  10. mata lembu kalau makan ngan nasi putih mmg perfect!!

    ReplyDelete
  11. sedap nih.. mkn dgn nasi panas2 :)

    ReplyDelete
  12. errkk..napa tetiba aku tertelan liur nihh?? bukan tgh lapar pon~!!! adoi mattttt~!!

    ReplyDelete
  13. I LovvvvVVVVVVVe this!

    ReplyDelete
  14. Salam bang Mat..terima kasih resepinya. Saya dah cuba n dah letak dlm blog. Tq ye!!!

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.