Salam tengah hari, dah makan?..Mat belum lagi, tapi dah siap masak. Dan tengah menunggu soft cheese bagel mengembang dan dibakar sebentar nanti. Untuk entri pertama mat share satu masakan ringkas, tapi bersantan. Resipi asal dari Kak Ummi Kuantan, dan dia guna udang, ta[i mat guna ikan tenggiri...Biasalah guna apa yang ada, jangan pening2 pala. Masakan ni sedap, tak pedas walaupun ada cili padi yang dititik. Terasa serai dan gabungan jintan manis yang harum. Tidak muak kerana ada nenas sebagai pengimbang rasa. Asam tidk digunakan dalam resipi ini. Mat guna 5 keping hirisan daging ikan tenggiri segar. Dan cuma guna 1/3 cawan santan pekat. Pstt nak war2 kan satu benda best ni, terutama suri2 rumah tangga, ingin jimat berbelanja barang keperluan dapur dan disamping itu boleh memenangi hadiah2 hebat..Untuk lebih lanjut anda boleh ke sini...Jangan lepaskan peluang okehh....
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping hirisan ikan tenggiri, bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 biji nenas madu, kupas dan hiris sederhana tebal
6 biji cili padi hijau, dititik
6 biji cili padi merah, dititikk
1 cawan pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 camca teh penuh jintan manis
1 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping hirisan ikan tenggiri, bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 biji nenas madu, kupas dan hiris sederhana tebal
6 biji cili padi hijau, dititik
6 biji cili padi merah, dititikk
1 cawan pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 camca teh penuh jintan manis
1 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai titik dan bahan kisar halus hingga garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan). Kacau dan biar mendidih. Masukkan nenas dan cili padi merah dan hijau yang telah diketuk. Biar mendidih perlahan.
- Masukkan ikan dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh padamkan api. Biar untuk beberapa jam sebelum dimakan.
7 Comments
Idea masakan baru untuk aku..nampak sedap dan lemak...
ReplyDeleteTQ Mat..kau sumber resepi masakan ku.. :)
sedap2...akan ku cuba masak nanti!
ReplyDeletesedap nih..makan dgn cencalok...ulam2..nasi panas.waa ngidam terus nak makan nasik
ReplyDeleteWaaaahhh menderhaka x hengat eh...hehehee... Okeh nnt akak buat siput sedut masak jintan lak...hahahhaa
ReplyDeleteaduhh sodapnya!!!!
ReplyDeletekecur air liur nih :)
ReplyDeletesedap dah try...tq
ReplyDelete